Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gambar: Kronologi Penemuan Kubur...

SEPANJANG bulan Mei ini, pembongkaran kes pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand menghiasi tajuk utama...

6 Termasuk Pakar Patologi...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan enam lelaki termasuk...

Polis Sahkan 28 Komik...

GEORGETOWN - Polis mengesahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Pulau Pinang telah merampas 28...

Pendaftaran GPS: Abang Jo...

SIBU - Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menzahirkan penghargaan dan...

Video: Polis Tangkap Wanita Kerana Pertahankan Anjing

SEBUAH video yang memaparkan seorang anggota polis di Amerika Syarikat yang bertindak kasar terhadap seorang wanita yang cuba pertahankan anjing telah mendapat perhatian ramai netizen.

Anggota polis yang berpakaian seragam lengkap itu dilihat telah cuba menembak anjing yang dipercayai cuba menyerangnya, namun dihalang oleh seorang wanita yang berada di situ.

Walaubagaimanapun, polis berkenaan dilihat telah bertindak kasar terhadap wanita tersebut dan menolaknya hingga terjatuh ke tanah sebelum menggari kedua-dua tangan wanita itu.

Gara-gara cuba menghalang anjing itu ditembak, wanita berkenaan kini dituduh telah melakukan kesalahan kecil yang melanggar undang-undang tempatan.


Insiden tersebut telah menyebabkan huru-hara di kalangan ahli keluarga wanita itu yang merasakan dia tidak sepatutnya dilayan sedemikian.

Kejadian tersebut berlaku selepas dua anggota polis itu tiba di kawasan perumahan itu kerana terdapat perselisihan faham antara jiran yang tinggal di situ.

Melihat respons netizen secara online mengenai video itu, rata-rata telah mengutuk perbuatan kasar yang dilakukan oleh pihak polis terbabit. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori