Video: PM Kanada Ramah Mesra Dengan Netizen Dapat Perhatian

KEMENANGAN Justin Trudeau sebagai Perdana Menteri baharu di Kanada isnin lalu rata-rata mendapat reaksi positif daripada masyarakat negara itu.

Dengan undian majoriti yang berpihak kepada Trudeau, beliau berjaya menewaskan penyandang sebelum itu, Stephen Harper daripada parti Konservatif.

Bagi menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada rakyat Kanada kerana meletakkan kepercayaan mereka kepadanya untuk memimpin negara tersebut, Trudeau memutuskan untuk meraikannya dengan cara yang unik dan berbeza sekali.

[PM KANADA ADA SALASILAH KETURUNAN MALAYSIA]

JT
Justin Tredeau beramah-mesra dengan orang ramai di stesyen kereta api Montreal untuk meraikan kejayaannya dalam pilihan raya baru-baru ini.

Beliau dilihat telah turun ke stesyen kereta api Montreal seorang diri untuk menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada masyarakat yang memilihnya sebagai Perdana Menteri negara itu.

Perdana Menteri yang berusia 43 tahun itu secara tidak lansung telah menampakkan jiwa kemasyarakatan dalam dirinya sekali gus meyakinkan lagi orang ramai bahawa beliau adalah calon yang paling tepat.

Orang ramai yang berada di stesyen kereta api tersebut juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama Trudeau serta mengucapka tahniah kepadanya. – Agensi/MYNEWSHUB.CC