Video: Pengasuh Suntik Punggung Budak Sebab Nakal Dikecam

VIDEO seorang penjaga wanita di sebuah pusat asuhan di Venezuela memberi hukuman melampau kepada kanak-kanak lelaki telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Wanita terbabit telah menyuntik punggung budak lelaki dipercayai berusia 4 tahun dengan picagari tanpa belas kasihan.

Menurut laporan media tempatan, budak itu diberikan hukuman tersebut kerana berkelakuan nakal namun tindakan yang diambil oleh wanita itu ternyata tidak masuk akal.

Menerusi video yang kini viral di negara itu, budak lelaki terbabit ditarik dari satu sudut sebelum seluarnya dilondehkan dan dicucuk dengan picagari hingga dia meraung.

Insiden itu membuatkan kanak-kanak lain turut menangis kerana ketakutan.

Rata-rata netizen mengecam perbuatan wanita itu yang kini digantung dari pekerjaannya sementara pihak polis menjalankan siasatan. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Loading...