Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tunku Abdul Aziz Gelar...

BERIKUT merupakan dakwaan yang dibuat oleh Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim seperti yang...

Bn Pahang Yakin Pengundi...

LIPIS - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yakin pengundi...

Agong Diberi Sambutan Rasmi...

BEIJING - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini diberikan...

Hayden Panettiere Dapatkan Rawatan...

PELAKON yang popular menerusi siri drama Heroes, Hayden Panettiere dilapor mendapatkan rawatan di...

VIDEO: Pengajaran… Lain Kali Jangan Tipu Ayah Lagi!

KAMI yakin anda akan naik berang jika anak memberitahu yang mereka telah menjadi mangsa buli rakan-rakan di sekolah.

Tapi, apakah yang akan dilakukan jika anak mengatakan itu hanyalah gurauan semata-mata untuk mengenakan anda?

Mungkin anda akan berasa sedikit geram kerana dipermainkan, namun kebiasaannya ia akan diakhiri dengan gelak ketawa.

Tetapi tidak bagi seorang bapa menerusi video yang mula viral di laman YouTube ini.

Biarpun anaknya sudah memberitahu ia hanya gurauan, namun si bapa tetap bertegas mahu membelasah pembuli itu sehingga anaknya menjadi serba-salah.

“Kita akan belasah dia, bapa dan datuk dia sekali…dan semua keluarganya dengan teruk,” kata bapanya.

VIDEO: Pengajaran...Jangan Bohongi Bapa Anda!


Bagaimanapun, si bapa akhirnya ketawa besar dan mengakui dia juga bergurau apabila si anak hampir menangis dan memberitahu dia tidak mahu menjadi ‘lelaki jahat’.

“Jangan menipu lagi,” nasihatnya.

Haa…selepas ini pasti si anak akan berfikir banyak kali sebelum mempermainkan bapanya kan!

Jom saksikan…  – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Elza

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori