VIDEO: Pencuri ‘Lahanat’ Langkah Jemaah Ketika Sujud

PERANGAI serupa syaitan.. itulah ayat yang sesuai diberikan kepada seorang pencuri ‘lahanat’ yang tergamak melangkah jemaah wanita yang sedang sujud demi mencuri beg tangan mereka.

Menerusi video yang dirakam di sebuah masjid, seorang pencuri bertelekung dilihat sememangnya menanti waktu sesuai untuk merembat beg tangan jemaah wanita yang sedang solat di situ.

https://www.youtube.com/watch?v=I8VwbHm4VR0

Walaupun beg tangan itu diletak di hadapan jemaah tapi itu tidak bermakna dia tidak boleh mencuri.

Inilah iblis yang bertopengkan manusia, dalam rumah Allah pun berani melakukan perkara keji sebegitu.

Semoga individu berkenaan diberi petunjuk dan hidayah satu hari nanti.

– MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply