Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sanggup Bayar RM255,000 Untuk...

ORANG kalau dah berduit , apa saja boleh dibeli. Macam lelaki Arab ini,...

MAIPk Terima Zakat Perniagaan...

IPOH : Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima penyerahan bayaran zakat...

Ada Motosikal, Boleh Jadi...

SHAH ALAM - Jika para belia mempunyai motosikal dan berminat berniaga, maka mereka...

Hebat Sultan Johor Manfaatkan...

SULTAN Johor bertitah lebihan bayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bernilai...

VIDEO: Pemuda ‘Terajang’ Warga Emas Memohon Maaf

SUSUALAN satu video viral amukan sorang pemuda yang menendang seorang pakcik sehingga tersungkur di sebuah kedai makan, pemuda tersebut telah memohon maaf atas perbuatannya.

Menurut saksi, lelaki yang dikenali sebagai Pian tidak dapat menahan marah akibat pakcik tersebut telah menampar anaknya sehingga menangis.


Pemuda Terajang Mintak Maaf Kepada Pakcik by mynewshub

Melalui video, dia telah bertemu semula dengan mangsa dan bersalaman bagi memohon maaf atas tindakan melampaunya terhadap mangsa.

Kedengaran suara latar dalam dialek Kelantan yang mengarahkan agar Pian bersalam dengan mencium tangan pakcik terbabit.


Dilaporkan Pian amat menyesali tindakannya yang disifat amat bodoh dan dikatakan akan mengadakan pertemuan sekali lagi dengan pihak keluarga mangsa untuk memohon maaf.

Insiden tersebut yang berlaku pada Jumaat jam 3 petang telah menimbulkan kemarahan penduduk setempat sehingga dilaporkan pada malam Sabtu, terdapat sekumpulan pemuda yang ingin berjumpa denganya bagi ‘menyelesaikan’ tindakan kurang ajarnya terhadap mangsa.

Tidak kurang juga buat pengguna di media sosial yang menyelar tindakan biadap pemuda terbabit sehingga ada yang ‘ingin bersemuka terus’ dengan pemuda terbabit.

-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori