Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Korban Gempa Lombok Meningkat...

JAKARTA - Jumlah kematian akibat gempa bumi kuat di pulau Lombok, Indonesia meningkat...

Penyanyi Natalie King Cole...

PENYANYI terkenal era 1980 dan 1990-an, Natalie King Cole, yang juga merupakan anak...

FAM Perlu Kaji Semula...

SERDANG - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, menegur kelemahan sistem yang diguna...

Pelajar Tahfiz Jadi Imam...

KUANTAN - Seramai lapan pelajar Maahad Tahfiz Pahang (MTNP) termasuk dua pelajar wanita...

VIDEO: Manisnya Ayat Tony Pua Semasa Sanjung Khalid Ibrahim…

BILA kawan jadi lawan, kata-kata manis dan pujian yang pernah dilontarkan suatu ketika dulu secara automatiknya bertukar mesti caci dan nista.

Itulah gambaran yang sesuai bagi menggambarkan situasi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang kini sudah menjadi seteru PKR dan DAP kerana keengganannya memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah untuk menggantikan kedudukannya.

Menerusi Facebook Friends of BN, satu video ucapan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua sewaktu kempen PRU13 telah dikongsikan.

Pada waktu itu, melangit sungguh pujian Tony Pua terhadap Khalid termasuklah menyatakan MB Selangor itu seorang yang bersih, berwibawa, jujur, tidak rasuah dan sebagainya.

Kini, segala-galanya terbalik pula apabila isu ‘tidak jujur’ menjadi punca Khalid dipecat terutamanya perihal pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai RM70 juta.


Inilah yang dikatakan, habis madu, sepah dibuang. Nilaikan…

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori