Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Islam Singapura Dakwa...

SINGAPURA - Seorang wanita Singapura menyatakan kekecewaan terhadap sebuah agensi kerajaan tidak dinamakan...

Liga FAM: Felcra FC-UM...

KUALA LUMPUR - Pasukan bola sepak Felcra FC meneruskan kerjasamanya dengan Pusat Sukan...

2,000 Unit PPR Dibina...

ALOR SETAR – Sebanyak 2,000 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina...

Wanita Hamil Maut Direnjat...

AJAL... Seorang wanita yang sarat mengandung meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik daripada...

Video: Lagi Kes Pelajar Vokasional Dibelasah Di Asrama

SEBELUM ini, kes seorang pelajar kolej vokasional di Kelantan yang meninggal dunia selepas dibelasah oleh pelajar senior telah menggemparkan Malaysia.

Namun bagaikan tiada kesudahan, satu lagi kes buli melibatkan pelajar asrama kolej vokasional telah dimuat naik di laman sosial Facebook.

Kali ini didakwa melibatkan pelajar Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan di Bentong, Pahang.

Menurut pemilik akaun Facebook Adam Aki yang memuat naik video tersebut, kejadian melibatkan anak kepada rakannya yang dibelasah oleh pelajar lain disebabkan mangsa membuat aduan kepada pihak asrama ekoran banyak almari dipecahkan.

Adam Aki juga mendakwa, mangsa merupakan ketua blok asrama.


Lagi Kes Buli Di Kolej Vokasional Tengku Ampuan… by mynewshub

Video berdurasi 21 saat menunjukkan mangsa yang tidak berbaju dipukul oleh dua pelajar yang memakai baju Melayu berwarna putih dan biru.


Turut kelihatan, seorang pelajar berbadan besar berseluar londeh sehingga menampakkan celah ‘mahligainya’ ikut sama bersubahat menarik mangsa.

Difahamkan, pihak polis telah pun menahan ketiga-tiga pelajar yang merupakan suspek di dalam video tersebut.

Ketiga-tiga mereka yang masing-masing berumur antara 15 dan 16 tahun ditahan selepas diserahkan bapa masing-masing di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori