VIDEO: Kejadian Pekerja Medan Selera Disimbah Minyak Panas

BEBERAPA hari lalu, orang ramai digemparkan dengan kejadian seorang pekerja medan selera Kompleks Pertama, Kuala Lumpur melecur teruk selepas disimbah dengan minyak panas oleh seorang kutu rayau.

Ia gara-gara wanita warga Indonesia itu tidak melayan permintaan suspek yang meminta makanan daripadanya.

(BACA: Wanita Meraung Disimbah Minyak Panas)

Satu video rakaman selepas kejadian telah dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Faceook yang menunjukkan mangsa dalam keadaan kesakitan sebelum dibawa masuk ke dalam ambulans oleh pasukan paramedik.

Pada masa yang sama, seorang lelaki yang dipercayai ahli keluarga atau majikan mangsa dilihat berang dengan suspek yang sudah berada dalam kereta peronda polis.

Namun, dia berjaya ditenangkan oleh polis dan orang ramai.

Apapun, tindakan suspek memang sangat kejam kerana biasanya parut akibat lecur akan kekal pada mangsa.

Kami harapkan hukuman yang seberat-beratnya dijatuhkan ke atas suspek kerana perbuatannya mungkin bakal menggelapkan masa depan wanita itu.

Kejadian yg berlaku pd 9/8/2014 jam 3ptg bertempt di pusat membeli belah, Pertama Kompleks…jln TAR kl…(seorang pekerja goreng pisang hampir 99% melecur diseluruh badan akibat disimbah dgn minyak panas)…

Posted by Sham Slyg on Sabtu, 9 Ogos 2014

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Loading...