Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lizzy Bantu Promosi Muka...

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) melantik artis Elizabeth Tan selaku duta untuk mempromosi skuad...

Honda Malaysia Lancar Enam...

JOHOR BAHRU - Honda Malaysia Sdn Bhd akan melancarkan enam model baharu pada...

Stok Minyak Sawit Naik...

KUALA LUMPUR - Stok minyak sawit Malaysia meningkat 1.26 peratus kepada 2.214 juta...

Rasulullah Putus Hubungan Dengan...

KUALA LUMPUR – Rasulullah S.A.W sangat tegas dalam perkara akidah semasa menjalin hubungan...

Video: Iklan Baru IKEA Malaysia Curi Perhatian Netizen

KREATIF, ceria serta amat mengujakan! Itulah yang dapat kami gambarkan tentang video iklan yang dibawakan oleh Ikea Malaysia sempena pembukaan gedung terbaharu mereka yang akan dibuka di Cheras.

Video berdurasi 1 minit 40 saat itu menampilkan pelbagai muzik menarik, lirik yang catchy dan beberapa produk diketengahkan dengan nyanyian dan tarian mengikut rentak.

“Get Cheras, to Cheras!” merupakan lirik utama muzik video yang bertajuk ‘Get Cheras ke IKEA Cheras’ itu.

Syarikat perabot rumah dari Sweden itu juga nampaknya menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menghadiri pembukaan besar-besaran meraka yang dikenali sebagai “Biggest Housewarming Party”.

Terletak di Jalan Cochrane, Cheras gedung berkenaan akan beroperasi 19 November depan dan akan menjadi premis Ikea terbesar di Malaysia.

Video tersebut yang disiarkan di laman rasmi Facebook Ikea Malaysia sehingga kini telah dikongsikan lebih daripada 8925 netizen di media sosial.


Rata-rata memberi respon yang amat baik berkenaan video yang penuh warna-warni tersebut.

Pengguna Facebook Renyi Chin berkata: “Iklan terbaik di Malaysia sejak sekian lama. Syabas Ikea. Bagus.”

Seorang lagi pengguna Facebook Elaine Chang, memuji kreativiti penghasilan muzik video berkenaan.

“Ia adalah iklan yang cukup hebat! Tahniah, Ikea! Saya akan ‘DANSA’ ke Cheras !”

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori