Video Guru Tadika Rotan Murid Cetus Kemarahan Netizen

SEBUAH video yang memaparkan sekumpulan murid tadika dipaksa beratur di luar kelas dan dirotan oleh seorang guru wanita telah mencetuskan kemarahan masyarakat.

Video yang dirakam itu menunjukkan lebih kurang 20 murid tadika yang terletak di bandar selatan China dipukul menggunakan rotan buluh.

Setiap daripada murid itu dikatakan menerima sebatan sebanyak 3 hingga 5 kali daripada guru tersebut.

Menurut sumber, guru ‘singa’ itu juga dikatakan memukul sambil menjerit “Sesiapa yang tidak tidur, tidak akan tidur sekarang ini!”

2

Tindakan melampau guru tersebut telah mengundang kemarahan di kalangan ahli keluarga murid berkenaan.

Pihak media tempatan yang mahu mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai insiden tersebut tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah namun diberitahu bahawa guru yang mencetuskan kontroversi itu telah dipecat.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku 11 Ogos lalu tetapi video serta gambar insiden terbabit baru sahaja menjadi viral dan menarik perhatian orang ramai beberapa hari lalu. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Loading...