VIDEO: Lepas Dibelasah, Pencuri Dipaksa Makan Tahi Lembu

MELAMPAU dan biadap.. itu ayat yang paling sesuai untuk menggambarkan perbuatan sekumpulan lelaki terhadap dua lelaki yang dituduh mencuri ini.

Mana tidaknya, dua lelaki itu bukan sahaja dibelasah hingga lunyai, malah dipaksa makan najis lembu.

Difahamkan, kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 malam di Felda Jengka 17, Pahang pada hari Selasa lalu mengakibatkan mangsa cedera parah di kepala dan tangan.

Tidak berhenti setakat itu, kereta jenis Proton Persona yang dinaiki kedua-dua lelaki tersebut turut hangus dibakar oleh sekumpulan penduduk itu.

1

Menurut laporan Sinar Harian, kedua-dua lelaki tersebut dicekup semasa mereka berada di pintu pagar kandang ternakan lembu.

Insiden yang dirakam oleh salah seorang penduduk itu kemudian tersebar menjadi viral di media sosial.

https://www.youtube.com/watch?v=YLOUqphRjUE

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Asisten Superintenden Mat Rizal Mat Radzi mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian tersebut.

“Tindakan sekumpulan lelaki membelasah dua lelaki yang berusia lingkungan dua puluhan itu menjadi viral di media sosial terutama insiden memberi makan tahi lembu kepada mangsa.

“Polis sedang menyiasat mungkin berlaku salah faham dalam insiden ini kerana polis belum mengenal pasti sama ada dua lelaki itu terbabit dengan kes curi lembu. Justeru, pihak polis meminta saksi yang melihat kejadian itu tampil memberi maklumat,” ujarnya.

Kedua-dua mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Jengka. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Loading...