Video: Cubaan Merompak Di Drive Thru Mcdonald’s Puncak Alam

KEBIASAANNYA, kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam dijadikan pilihan penjenayah untuk merompak.

Namun kali ini restoran fastfood Mcdonald’s pula dijadikan pilihan buat golongan tak guna ini.

Sabtu lalu, satu cubaan merompak telah dirakam oleh kamera CCTV di tingkap bayaran Drive Thru McDonald’s Puncak Alam.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 36 saat itu, suspek menggunakan laluan Drive Thru sebagai alternatif untuk memeras wang daripada pekerja yang bertugas.


Cubaan Merompak Drive Thru Mcd Puncak Alam by mynewshub

Dapat dilihat, suspek pada mulanya berpura-pura ingin membuat pembayaran sebelum pembonceng di belakangnya mengeluarkan sepucuk pistol.

Bagaimanapun pekerja wanita yang terkejut dengan tindakan ‘pelanggan’ terbabit segera bertindak pantas mengunci tingkap di kaunter pembayaran dan terus berlari keluar.

Tindakan bijak mangsa yang tidak panik sekaligus berjaya menggagalkan cubaan merompak kedua penjenayah itu.

Rata-rata pengguna media sosial yang menyaksikan rakaman video memuji tindakan bijak pekerja wanita terbabit.

Dilaporkan sebelum ini, restoran Mcdonald’s Puncak Alam sama pernah disamun pada bulan Ramadan lalu ketika ramai pelajar UiTM sedang bersahur di sana.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

Leave a Reply