Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Minyak Turun Harga Lagi:...

*** MULAI tengah malam ini, harga RON95 turun 21 sen menjadi RM1.70 seliter,...

Pengasas Pasar Raya Mydin...

KUALA LUMPUR - Pengasas rangkaian pasar raya Mydin, Mydin Mohamed Ghulam Hussein meninggal...

Yeat Sew Choung Penasihat...

PUTRAJAYA - Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi, Jabatan Perdana Menteri hari ini mengumumkan...

KM Sambut Baik Layanan...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik...

Video: Cara Pelayan Starbucks Layan Wanita Bisu Jadi Viral

VIDEO seorang wanita bisu dan pekak yang cuba membeli minuman Starbucks menggunakan laluan pandu-lalu di Florida ini telah mendapat perhatian netizen.

Rebecca King dikatakan begitu terharu dan kagum dengan cara layanan pelayan bar tersebut ketika dia mahu membeli minuman itu.

Oleh itu, dia telah kembali di Starbucks yang terletak di St Augustine pada keesokan harinya untuk merakam cara pelayan itu melayannya.

Ternyata layanan istimewa yang diberikan pelayan itu yang dikenali sebagai Katie Wyble itu mendapat pujian dan menyentuh perasaan orang ramai.

Selepas mendapat tahu pelanggannya adalah golongan OKU yang sedang berada di laluan pandu-lalu, Katie segera membuka kamera yang membolehkannya berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat dengan Rebecca.

enhanced-12764-1446736781-1
Katie Wyble pandai berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat sejak kecil.

Menurutnya, dia mula tertarik untuk belajar bahasa isyarat itu sejak kecil ketika dia melihat guru tadikanya yang menggunakan bahasa itu.


Rata-rata masyarakat tempatan telah memuji teknologi serta cara layanan yang diberikan kepada golongan seperti itu.

enhanced-17429-1446736619-1
Reaksi orang ramai dengan cara layanan pelayan Starbucks itu.

Video yang dikongsikan di laman facebook itu segera menerima perhatian dan menjadi viral di seluruh dunia.

Tindakan Starbucks yang mengambil inisiatif sedemikian ternyata menukar persepsi dan kepercayaan masyarakat terhadap sesuatu perkara.

Ia juga membuktikan bahawa golongan kurang upaya seperti ini tidak dipinggirkan malah masih menjadi perhatian dan diberikan keutamaan. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori