Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Video: Pemandu Inspira Undur,...

SEORANG wanita menempuh detik mencemaskan apabila kenderaan di hadapannya secara tiba-tiba mengundur dan...

Michelle Yeoh Terima Satu...

KUALA LUMPUR - Pelakon Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, antara bintang filem terkemuka...

1,000 Sekolah Bakal Miliki...

NILAI – Kementerian Pendidikan akan menaik taraf 1,000 sekolah di seluruh negara...

Bekas Pemain JDT Zaquan...

IPOH - Bekas Penyerang Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Mohd Zaquan Adha...

Video: Aksi Polis Pujuk Lelaki Mengamuk Terima Kepujian

DETIK mencemaskan seorang anggota polis memujuk suspek penjenayah yang berlaku di Sungai Buloh semalam kini menjadi viral di laman sosial.

Menerusi video yang kini giat dikongsikan, rata-rata netizen melahirkan perasaan kagum terhadap keberanian anggota polis terlibat berdepan situasi cemas.

Kejadian melibatkan suspek yang mengamuk dipercayai akibat berang dengan insiden kebakaran, sekaligus membongkar rahsianya menyembunyikan sejumlah bungkusan dadah di rumah kedai berkenaan.

Berdasarkan video berkenaan, kelihatan suspek memaki hamun anggota polis yang mengarahkannya keluar dari premis tersebut selepas dia berkurung di dalam.


Hati kering betul brader ni suruh tembak… oleh mynewshub

Lelaki terbabit juga dilihat memegang objek seperti kayu dan serpihan kaca, sambil memarahi anggota polis yang cuba menenangkannya.

Bagaimanapun apa yang menarik perhatian, detik cemas itu berakhir apabila pegawai polis berjaya mengawal keadaan sehingga lelaki itu akur untuk mengikut arahan.


Netizen di media sosial rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada pihak polis atas tindakan profesional mereka dalam mengendalikan suspek yang merayu.

“Terbaik brader polis tu,” kata pengguna Facebook menggunakan nama Adib Zeinuddin.

“Respect arr polis nie… Mcm tu lar… Berunding dlu… Terbaikkkkk,” tambah Farfan Farz Aku.

Video tersebut masih giat diperkongsikan sehingga kini. - MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori