Video: Tony Fernandes Perli Sanggul Pramugari MAS

AKSI bersahaja namun ‘makan dalam’Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam sebuah video pendek yang dimuat naik di laman sosial baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi netizen.

Dalam video bertajuk ‘Transformasi Kru Malaysia Airlines (MAS) kepada AirAsia’ itu,  Tony memperkenalkan dua bekas pramugari MAS yang kini menjadi kru AirAsia X kepada umum.

“Ini sebuah klip yang lucu. Semalam semasa melawat akademi Air Asia, terserempak dengan dua kru baharu yang masih bergaya dengan sanggul popular MAS. Jadi, kita akan ubah mereka menjadi kru Air Asia dengan segera. Hahaha,” tulis Tony bagi menerangkan punca video itu dihasilkan.

Kita ada dua kru Mas yang masih kelihatan seperti MAS. Kita akan meminta mereka melepaskan rambut, buat pertama kalinya secara live di Facebook,” katanya lagi.

Bekas pramugari MAS dikenali sebagai Aireen dan Shakila itu kemudiannya membuka sanggul mereka lantas salah seorang staf Air Asia di sana dirakam memberikan komen, terlalu banyak pin yang terpaksa dikeluarkan.

Banyaknya pin! Seksa jadi kru MAS dan murah pulak tu,” kata Tony sambil membelek pin rambut yang digunakan.

Di Air Asia kita tak perlu gunakan pin ini,” gurau Tony disusuli ketawa dan tepukan kakitangannya.

Di ruangan komen, ramai netizen membidas tindakan Tony kerana dilihat tidak profesional kerana menggunakan kesempatan itu untuk menyindir MAS.

“MAS adalah premium airlines manakala Air Asia low cost airlines. Bisnes yang sama tetapi level berbeza. Tony tidak sepatutnya menggunakan dua bekas kakitangan MAS itu untuk mempersenda dan memalukan MAS,” komen Azahar Mihat.

“Saya lebih suka pramugari dengan rambut yang disanggul, nampak kemas dan manis daripada rambut bersibai sana sini. Lagi-lagi bila serve makan minum pada penumpang. Geli bila memikir jumpa rambut dalam makanan,” kata Pretty.

“Tony ini dah lupa ke? Sebelum ini Air Asia pernah mengeluarkan iklan menyindir MAS seperti ‘Kalau nak tiba selamat di destinasi, naiklah Air Asia’ yang jelas sekali merujuk pada kes MH370. Tidak lama selepas itu, pesawat Air Asia pula yang crash di Indonesia. Perlukah Tony nak sarkastik? Keji betul perangai CEO ini,” tulis Lipstickz.

“Tindakan Tony ‘condemn’ MAS menunjukkan bahawa dia tidak profesional. Rambut disimpul rapi itu nampak kemas dan sweet saja bila dipandang. Saya pernah naik Air Asia, laluan domestik. Pramugari Cina cantik lalu lalang tetapi aku rasa dengan sengaja bra yang dipakainya longgar atau push bra. Bila dia berjalan, bergegar-gegarlah asetnya itu. Kenapa Air Asia suka guna something to do with seks dalam bisnes mereka ni?” pertikai Mummy75.

Didapati, terdapat banyak lagi komen netizen yang mengkritik tindakan Tony dalam video di atas.

Mungkin niat Tony cuma ingin bergurau dengan kakitangannya namun apabila video ini dimuatnaik pula, ia dilihat satu perbuatan ‘low class’ yang tidak sepatutnya dilakukan seseorang yang menjawat jawatan tertinggi sepertinya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...