Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Piala Malaysia: Kedah Cuti...

PETALING JAYA - Imbuhan wang tunai berjumlah RM25,000 setiap seorang menanti pemain Kedah...

Video: Berpusing Viva Dirempuh...

KECOH menerusi media sosial memaparkan aksi seorang pemandu lori simen yang menukar lorong...

Kes Fitnah: Rahman Lantik...

PADAH... Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bakal berdepan tindakan perundangan dalam masa terdekat...

Jangan Ikut Emosi Raya...

KUALA LUMPUR - Masuk minggu ketiga Ramadan, bahang kemeriahan menyambut aidilfitri kian terasa...

Usia Setahun Tetapi Bayi Ini Sudah Capai Akil Baligh

MENGEJUTKAN, tetapi itulah yang berlaku di India. Seorang bayi lelaki berusia setahun menjadi tumpuan apabila dia mencapai akil baligh pada usia yang sangat muda.

Bayi berkenaan yang tidak didedahkan identitinya dan berasal dari New Delhi itu juga lebih tinggi lima inci daripada bayi lain yang sebaya dengannya.

Menurut doktor, tahap testosteron bayi itu adalah sangat tinggi, setinggi mereka yang yang berusia 25 tahun dan disebabkan itu dia mula mengalami perubahan fizikal termasuk badannya ditumbuhi bulu dan organ seksnya juga membesar. Suara juga mulai pecah.

Doktor yang merawatnya, Dr. Vaishakhi Rustagi berkata, memandangkan usia bayi itu masih muda, dia tidak memahami apa yang berlaku malah bayi berkenaan akan mengalami nafsu seksual juga.

“Ia adalah kes yang jarang berlaku. Akil baligh dan dewasa sebelum waktunya adalah trauma untuk kanak-kanak sebayanya kerana bayi tidak dapat meluahkan perasaan atau memahami apa yang berlaku kepadanya, manakala ibu bapanya akan menjadi keliru,” katanya.

Menurut Dr. Vaishakhi, jika kanak-kanak itu tidak dirawat, mereka akan menjadi ganas disebabkan perubahan fizikal yang tidak sesuai dengan umur mereka.

Susulan itu, bayi berkenaan telah diberikan suntikan untuk menghalang kesan hormon pada tubuhnya.


Dalam pada itu, ibu bayi berkenaan berkata, pada mulanya dia menyangka anaknya itu merupakan bayi yang lebih besar berbanding bayi seusianya.

“Namun apabila usianya setahun, keadaan menjadi sangat jelas seperti ada sesuatu yang tidak kena dengannya.

“Malah ibu mertua saya yang menjaganya juga memberitahu pembesarannya sangat luar biasa menyebabkan kami membawanya menemui doktor,” katanya kepada Hindustan Times. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori