Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bekalan Air Bersih, Ubat...

CARITA, Indonesia- Bantuan untuk mangsa tsunami di pesisir pantai Indonesia mulai diterima, hari...

5 Bekas Pemain Kelantan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memenuhi janjinya untuk menjelaskan tunggakan...

Gempa Bumi Kuat Melanda...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda...

Guardiola Mahu Jadi Jurulatih...

PEP Guardiola mendedahkan impian sebenarnya untuk menguruskan pasukan antarabangsa satu hari nanti. Bos Manchester...

Upacara Panggil Hujan Di Thailand Guna Doraemon

Phrae (Thailand) – Penduduk kampung di daerah Nong Muang Khai yang terjejas teruk akibat kemarau, kelmarin menggunakan patung kartun Doraemon dalam satu upacara untuk memanggil hujan.

Mereka menggunakan patung watak kucing robot popular itu bagi menggantikan kucing hitam untuk mengelak dituduh mendera haiwan.

Pengusaha ladang jagung di Wang Luang meletakkan patung Doraemon itu dalam satu sangkar kayu sebelum diarak sekeliling kampung untuk meminta hujan.

Seorang penduduk, Rattakarn Jantanu berkata, mereka bersetuju untuk membuat upacara tradisi bagi meminta hujan itu selepas wilayah berkenaan terjejas teruk akibat kemarau.

Mengikut upacara itu yang asal, mereka sepatutnya meletakkan seekor kucing hitam di dalam sangkar kayu sebagai korban untuk meminta hujan.


Bagaimanapun, kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan orang ramai, mereka mengambil keputusan untuk menggunakan patung kucing.

“Kami akhirnya terpaksa menggunakan patung Doraemon kerana sukar untuk mencari patung kucing,” katanya.

Ujarnya, sangkar itu dibawa ke lima lokasi yang dipercayai didiami oleh nenek moyang mereka diikuti satu acara keagamaan di sebuah kuil.

“Walaupun upacara itu tidak membawa hujan tetapi penduduk tetap gembira dan ia membantu menenangkan mereka ketika ini,” jelasnya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori