Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Klinik Gigi’ Di Kaki...

Cuma berlagak bagai doktor gigi profesional, pelanggan pun datang perpusu-pusu mendekati 'doktor gigi...

Kes COVID-19 Global Meningkat...

GENEVA - Sebanyak 152,428 kes coronavirus (COVID-19) dilaporkan di seluruh dunia setakat hari...

Polis Kemungkinan Tahan Individu...

SHAH ALAM - Polis mungkin menahan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan kes...

Asfan Lebar Sayap Dalam...

TERKENAL menerusi lagu ‘Alasan Untuk Bahagia’, Asfan Shah berhasrat melebarkan sayap dalam bidang...

Universiti Malaya Nafi Ada Mahasiswa Berlapar

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) menafikan terdapat pelajarnya terpaksa berlapar kerana mengalami masalah kewangan disebabkan peningkatan kos sara hidup.

Timbalan Naib Canselor, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Profesor Datuk Dr. Rohana Yusof berkata, isu mahasiswa UM terpaksa berlapar itu sengaja dihebahkan pihak tertentu dan disensasikan di media massa serta media sosial.

“UM ingin menegaskan perkara seumpama ini tidak berlaku di kampus UM seperti yang digembar-gemburkan.

“Melalui pertemuan dengan pemimpin pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Mahasiswa Islam dan Sekretariat Presiden Kolej Kediaman baru-baru ini, pihak universiti telah mendapat maklum balas secara lisan bahawa tiada mahasiswa yang dikatakan berlapar di kampus,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rohana berkata, UM sentiasa komited dalam menjaga kebajikan pelajar dengan menyediakan pelbagai peluang dan bantuan untuk mahasiswa mengurangkan beban kesempitan sara hidup di kampus.

Sebagai contoh, katanya, UM mengenal pasti seramai 5,336 pelajarnya daripada keluarga berpendapatan bawah RM4,000 sebulan dan hampir semua mereka menerima biasiswa atau pinjaman kewangan.

“Bagaimanapun, pemimpin pelajar diminta untuk mengenal pasti pelajar yang mempunyai masalah kesempitan hidup dan bekerjasama dengan universiti dalam merangka kaedah terbaik untuk menyediakan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan UM berterusan memberikan bantuan kepada pelajarnya yang memerlukan. Antaranya adalah:

1. Memperkenalkan skim bantuan kewangan khas sebanyak RM500 yang diagihkan kepada 281 pelajar kurang berkemampuan dengan jumlah peruntukan RM140,500 pada tahun 2011.

2. Skim Bantuan Khas Pelajar Yatim Piatu pada tahun 2012 di mana seramai 154 orang pelajar menerima sebanyak RM500 seorang.

3. Melalui Tabung Zakat, pada 2013 sejumlah RM81,900 telah diagihkan kepada 116 pelajar yang kurang berkemampuan. Manakala pada tahun 2014 sejumlah RM104,011.75 disalurkan kepada 169 pelajar dan bagi tahun 2015 sejumlah RM160,930 diagihkan kepada 233 pelajar yang layak dan tidak berkemampuan.


4. Daripada 233 pelajar yang menerima bantuan tabung zakat pada 2015, peratusan tertinggi adalah Akademi Pengajian Islam yang mewakili 52 peratus diikuti 14 peratus daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Jumlah ini mewakili hanya dua peratus daripada jumlah populasi pelajar UM secara keseluruhan.

5. Skim Tabung Kebajikan Pelajar – semua pelajar boleh memohon bantuan kewangan sekiranya terlibat dalam kemalangan, kematian, kecederaan dan masalah kesihatan dan kesempitan hidup ketika di kampus. Tabung ini terbuka kpd semua pelajar dan disediakan oleh HEPA sehingga kini.

6. Program Pembangunan Kemahiran Siswa (PPKS) di mana mahasiswa berpeluang bekerja secara sambilan di Pusat Tanggungjawab (Ptj) seperti fakulti yang terdapat di UM. Mereka dibayar mengikut upah berdasarkan jumlah jam bekerja. Program ini terbuka kepada semua pelajar. Sejumlah 159 pelajar mengikuti skim PPKS bermula 2013 hingga 2015.

7. Akademik Perniagaan Dalam Talian – mahasiswa didedahkan dengan kemahiran perniagaan atas talian. Program ini terbuka kepada semua pelajar dan diuruskan oleh UMEC (UM Entrepreneurship Centre)/HEPA bermula 2014.

8. Tabung Pinjaman Universiti – mana-mana pelajar yang mempunyai masalah kewangan yang serius atau tidak mampu menjelaskan yuran pada masa yg dtetapkan boleh memohon
RM2,000 untuk setiap pinjaman yang diluluskan.

9. Bermula tahun 2016, pihak HEPA akan memperkenalkan bantuan terus (stipend) bernilai RM100 kepada pelajar yang memerlukan bantuan segera dan kecemasan menggunakan tabung zakat dan tabung kebajikan pelajar. Ia layak dipohon untuk tempoh sekali dalam satu sesi pengajian.

“Secara dasarnya UM tidak akan menolak mana-mana permohonan pelajar yang kurang berkemampuan dalam memohon bantuan.

“UM juga sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan dan penajaan daripada pihak korporat dan juga warga alumni atau mana-mana individu yang ingin membantu memandangkan bilangan pelajar yang memohon bantuan tersebut semakin meningkat saban tahun,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori