Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dr. Zakir Naik Seorang...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan...

Mampukah Syed Saddiq Terselamat...

KALI ini Syed Saddiq tidak boleh mengelak. Tidak boleh buat 'bodo-bodo' sikit apatah...

J/kuasa Bebas Tentukan Kelayakan...

KUALA LUMPUR - Sebuah jawatankuasa bebas yang dikenali sebagai Jemaah Doktor (JD) dan...

Suspek Kes Bunuh Di...

BANGKOK – Beberapa suspek dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan kejam seorang lelaki di...

Ugut Bakar Hospital Kerana Berang Ibu Hilang

SATU Kejadian yang menggemparkan telah berlaku di Hospital Pusat Baoji di China, apabila seorang lelaki yang berang terhadap pihak hospital cuba untuk membakar bangunan dan jururawat hospital berkenaan menggunakan minyak petrol.

Pada masa kejadian, terdapat 1,053 orang di dalam hospital itu terdiri daripada doktor, pesakit serta para pelawat lapor portal Shanghaiist.

burn-nurse-1
Li Ming (tengah).

Menurut polis, lelaki yang bernama Da (nama keluarga), telah menyerang seorang jururawat, Li Ming yang baru sahaja selesai mengambil ubat di tingkat bawah menuju ke tingkat tiga apabila beliau diserang.

Lelaki itu bertindak menarik rambut dan menghumban beliau ke lantai sebelum disimbahi dengan petrol serta mengancam untuk membakar beliau dan keseluruhan bangunan itu.

Setibanya di tingkat tiga, Li menjerit lantas lelaki itu memukul beliau untuk memberhentikan jeritan itu.

burn-nurse-5

burn-nurse-6

Beberapa pelawat dan jururawat yang berada berhampiran dengan lif tersebut bertindak menyelamatkan Li dan menolak Da ke lantai serta merampas botol petrol dari tangannya.

Walaupun ketakutan, Li tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam insiden yang menakutkan itu.


burn-nurse-3

Menurut pegawai-pegawai hospital itu kepada pemberita, ibu Da telah dimasukkan ke sana pada 14 Februari lalu kerana mengalami masalah otak.

Namun pada 16 Februari, ibunya hilang setelah doktor menasihatkan ahli keluarganya untuk mengawasi wanita berkenaan.

Pada 6 Mac, polis menemui mayat wanita berkenaan di tepi sungai dengan kesan kelar di pergelangan tangan.

Ekoran daripada kejadian itu, kebanyakan doktor dan jururawat di China, selain menjalani latihan perubatan, mereka juga dilatih untuk mempertahankan diri bagi menghadapi insiden seumpama ini yang sering berlaku akhir-akhir ini. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=lA2SPn6cHFw]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori