Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Shabudin Anggap Calon PPBM...

TASEK GELUGOR - PPBM tidak mempunyai kekuatan jentera di peringkat akar umbi di...

Pinggan Viral Jadi Buruan...

SEJAK kebelakangan ini media sosial sering kali disajikan dengan foto-foto menarik pinggan dan...

Mahathir Paling Takut Kena...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad...

“Lepas Langgar Anak Saya,...

"WANITA pandu kereta jenis Perodua Myvi yang langgar anak saya, sila tampil bersemuka...

TV Al Hijrah Kupas Isu Sindiket Pembunuh Upahan

Pagi ini kita dikejutkan dengan satu pembunuhan ngeri di Negeri Sembilan.

Empat penjenayah merempuh masuk lalu menetak bertubi-tubi seorang mangsa di hadapan keluarganya. Tiga penjenayah bersenjatakan parang manakala seorang lagi memiliki sepucuk pistol.

Ditetak Di Kepala, Dikelar Seluruh Badan Angkara Dendam

Apakah ini antara jenayah pembunuhan terancang babitkan rasa dendam?

Lebih ngeri lagi, ia mungkin lanjutan dari siri perlakuan jenayah sindiket pembunuh upahan atau assasin.

Assasin dikaitkan sebagai istilah berasal bahasa Arab yang kemudian menjadi trend dalam jenayah terancang di seluruh dunia.

Assasin melahirkan fenomena pembunuh upahan dalam legasi Mafia dan budaya samseng berkumpulan di seluruh dunia.

Cuma yang menjadikan fenomena ini lebih menakutkan sekarang, apabila budaya assasin menular hingga ke kes-kes cemburu, saingan perniagaan malah dendam peribadi di kalangan masyarakat awam.

Budaya assasin menjadikan sindiket pembunuh upahan mula berleluasa dan tidak terkecuali di negara ini.

Benarkah harga upah semurah RM400 boleh diandaikan untuk melaksanakan satu misi pembunuhan? Apakah kes cemburu cinta, saingan peniagaan kecil serta dendam akibat perselisihan peribadi turut menyumbang pada trend sindiket pembunuh upahan? Apakah assasin berkembang kerana demand dalam kerja jenayah mengerikan ini kini dianggap sebagai cara popular untuk menghapuskan musuh?


Apakah tanpa pistol, atau dengan hanya menggunakan kerambit dan rantai motorsikal, satu misi pembunuhan boleh dilaksanakan demi kerjaya mudah yang makin popular ini?

“Kes mati ditembak mencetuskan kebimbangan terutama yang babitkan mangsa individu berprofil tinggi dan kakitangan awam berjawatan tinggi,” kata Penerbit Assalamualaikum TV Al Hijrah, Mahyuddin Musa.

Kekerapan kejadian yang berlaku secara terbuka tanpa mengira persekitaran secara tidak langsung menunjukkan wujudnya fenomena jenayah ngeri ini.

“Antaranya faktor utama penularan kes-kes assasin  ialah akses mudah untuk memiliki senjata api secara haram,” jelas Mahyuddin lagi.

Untuk penjelasan mengenai fenomena ini,  Assalamualaikum menjemput Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar bagi mengulas mengenai isu ini.

Saksikan program bual bicara popular Assalamualaikum esok 8 pagi di TV Al Hijrah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori