Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Isu Sawit: Serangan EU...

KUALA LUMPUR - Serangan Kesatuan Eropah (EU) terhadap penggunaan minyak sawit adalah disebabkan...

Sistem ‘Autogate’ Di Pintu...

KUALA LUMPUR - Penggunaan sistem 'Autogate' dan 'E-gate' di semua pintu masuk seluruh...

Video: Angkara Peragut, Bayi...

MASYALLAH... penjenayah zaman kini makin lama, makin kejam. Entah di mana hilang nilai...

Hamilton Guna Helmet Emas...

ABU DHABI - Lewis Hamilton akan memakai helmet istimewa berwarna emas untuk perlumbaan...

Tun M Kisah Derma Gila Tok Arab Bodoh Kedekut

ACARA Majlis Bersama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Bharu, Kuala Lumpur pada Isnin tanpa diduga menyaksikan kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ramai terkejut dan ada menjangkakan bakal ada satu pengumuman hebat yang akan menggegarkan seluruh Malaysia pada malam itu sehingga menyebabkan peralihan kuasa pucuk kepimpinan negara berlaku sepenuhnya.

Itu cerita ‘gempar’ daripada portal berita dan blog propembangkang, tetapi realitinya majlis tersebut menjadi platform buat Mahathir yang jarang dapat berucap di hadapan ahli UMNO untuk menghentam kerajaan sendiri.

Turut hadir berkongsi pentas sama ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang diketahui amat rapat dengan Muhyiddin dan Mahathir akhir-akhir ini setelah beliau digugurkan daripada jawatan Kabinet.

Apa yang menarik, negarawan ini seperti biasa mempersoalkan kekayaan Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila memperoleh ‘durian runtuh’ sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion).

Mahathir tanpa segan silu memperlekehkan jutawan Asia Barat yang sanggup menyumbangkan duit sebanyak itu dengan pelbagai gelaran hina dan buruk seolah-olah insan berhati mulia tersebut sudah berbuat satu dosa besar.

“Saya ingat yang derma tu mesti Tok Arab ‘bodoh’ sebab hanya orang gila sahaja akan berani buat benda pelik macam ni,” katanya secara bersahaja sambil disambut gelak ketawa ratusan hadirin pada majlis malam berkenaan.

Beliau kemudian menceritakan bagaimana waktu mahu bina Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) awal 1980-an cukup sukar dapat derma, waima AS$1 daripada negara-negara Arab meskipun merayu menerusi surat.

Sambil menyifatkan orang Arab yang kaya-raya sebagai kedekut untuk berbuat amal jariah, Mahathir turut meragui bagaimana bilionaire Asia Barat itu boleh percaya kepada Najib dengan memberi derma sebegitu besar.

Baca: Dana RM2.6 Bilion – Tiba-Tiba Ada Takut Kritik Arab Saudi

uiam
Panorama indah kampus induk UIAM di Gombak, Selangor. – Gambar hiasan

Hakikatnya, bagi sesiapa yang tidak mengikuti isu semasa, tohmahan liar Mahathir bukan sahaja tidak berasas, malah boleh dianggap sebagai kurang sopan dan keterlaluan bagi individu hebat bertaraf negarawan terulung.

Fakta yang tidak diceritakan Mahathir, projek UIAM dicetuskan beliau ketika menghadiri mesyuarat Menteri Pelajaran OIC di Makkah, Arab Saudi pada 1970-an melalui hasil pertukaran nota diplomatik semua negara Islam.

Justeru, lapan negara anggota yang berminat sedia menjadi penaja telah menyumbang kira-kira RM1 bilion bagi membina kampus UIAM seluas 283 hektar di Gombak, Selangor dan ini semua ada direkodkan serta diaudit.

Malangnya bagi penyokong tegar Mahathir, mereka pasti terima sahaja bulat-bulat hujah bekas presiden UMNO ini, waima ia diketahui berbaur fitnah tanpa fikir adakah masuk akal UIAM langsung tiada dana untuk dibina.

Dalam hal ini, penulis ingin kongsi kisah pengalaman bersama-sama dengan pensyarah warga Arab Saudi ketika menuntut di UIAM akhir dekad 1990-an lalu yang bercerita perihal sifat seorang pemimpin terkenal negara kita.

Dia yang pernah berkhidmat dengan kedutaan negaranya di Kuala Lumpur mengimbau kenangan seorang putera Arab Saudi bangga datang ke Malaysia semata-mata bagi melihat hasil sumbangan derma almarhum ayahandanya.


Kerabat diraja itu dimaklumkan bahawa ayahandanya pernah memberi sejumlah besar wang kepada pemimpin tersebut bagi membina sebuah masjid, namun apa yang berlaku, tapak projek rumah Allah itupun entah ke mana!

Kesal dengan perkara tersebut, kerabat diraja Arab Saudi itu khabarnya lebih waspada dan menyiasat teliti semua latar belakang penerima dana mereka waima kecil tetapi perkara ini tidak disenangi pula pemimpin berkenaan.

Beliau mengarahkan seorang setiausahanya menyebarkan cerita tidak baik mengenai kerabat negara padang pasir itu sehingga tersebar luas dan dipercayai ramai pihak yang memandang serong kerja-kerja kebajikan kerabat itu.

Baca: Fitnah-Fitnah Yang Sering Disebarkan Terhadap Arab Saudi

Pemandangan kem pelarian yang dibiayai kerajaan Arab Saudi. – Gambar hiasan

Padahnya, Arab Saudi mewartakan dekri perintah imigresen ‘persona non grata‘ ke atas setiausaha pemimpin ini daripada memasuki mana-mana pintu akses negara berkenaan seumur hidup kerana dianggap amat kurang ajar.

Kisah pengajaran ini tidak diketahui banyak pihak tetapi moral ceritanya, hanya rejim Zionis Israel sahaja gemar hina Arab Saudi termasuk menyebarkan dakyah jahat menghentam semua aktiviti amal jariah kerabat berkenaan.

Bayangkan tidak ramai tahu, setiap tahun Arab Saudi belanja berbilion-bilion riyal menanggung jutaan pelarian rakyat Palestin di Jordan dan imigran Syria di Turki selain umat Islam Rohingya di Myanmar tanpa publisiti.

Ini belum lagi termasuk kerja-kerja dakwah membina ribuan masjid di benua Eropah dan Amerika di samping hantar guru agama, kitab suci al-Quran serta imam ke seluruh dunia yang dibuat secara senyap tanpa promosi.

Realitinya, jutawan Arab Saudi yang murah hati itu bukan calang-calang dan baginda memang terkenal sejak dulu lagi sebagai penderma, bahkan mewasiatkan ratusan bilion riyal kepada yayasan khas untuk semua negara Islam.

Identiti si penderma bagaimanapun dirahsiakan atas permintaan baginda sendiri namun apa yang pasti, putera ini amat berhati-hati memberi sumbangan termasuk memeriksa habis latar belakang penerima lengkap 100 peratus.

MYNEWSHUB pernah menyiarkan kisah hidup baginda ini selain penulis blog terkenal, Raja Petra Kamarudin sebagai iktibar bagaimana kemewahan kerabat diraja ini masih diiringi inisiatif tanggungjawab sosial korporat.

Cara Mahathir hina ihsan Arab Saudi bukan sahaja aneh, tetapi menggambarkan beliau ada sakit cemburu dengan kepercayaan kerabat diraja Teluk itu terhadap sifat amanah Najib bertanggungjawab mengurus dana mewah itu.

Untuk rekod, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan sudah menemui sendiri penderma misteri RM2.6 bilion tersebut ketika mereka melakukan siasatan sumbangan dana politik itu di Asia Barat baru-baru ini.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori