Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mesyuarat Bincang Garis Panduan...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat bagi menangani isu cuaca panas dan kering berikutan fenomena...

Sentimen Perniagaan Dijangka Semakin...

KUALA LUMPUR: Petunjuk keyakinan perniagaan bagi suku keempat 2021 adalah semakin baik berikutan...

Rooney Beri Amaran Ancaman...

GLASGOW - Kapten England, Wayne Rooney mendedahkan sudah memberi amaran kepada rakan sepasukan...

Monitor Dengan Pengecasan Tanpa...

NAMPAKNYA arena monitor dikala ini semakin bersaing dari segi paparan, resolusi, sokongan grafik...

Tuhan Tidak Sanggup Potong Tangan Umatnya – DAP

KUALA LUMPUR – Pemimpin DAP Selangor, Teresa Kok Suh Sim pernah ‘berdebat’ tentang Tuhan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang suatu waktu dahulu.

Teresa pada waktu itu mempertikaikan pelaksanaan hukum hudud oleh agama Islam kerana pada beliau adalah mustahil Tuhan akan menzalimi umatnya.

“Kami penganut Kristian menganggap Tuhan adalah bapa. Mana mungkin kasih sayang si bapa sanggup menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas anak-anaknya,” soal Teresa.

Laman Facebook PAS melaporkan Abdul Hadi menjawab, “Kasih sayang Allah S.W.T kepada hambanya lebih hebat dari kasih bapa kepada anaknya jika seseorang sakit.

“Demi menyelamatkan nyawanya, pakar perubatan menetapkan perlu dipotong sebahagian anggota badannya. Adakah doktor itu boleh ditohmah sebagai zalim dan gila?”


“Bahkan si bapa yang kaya dengan kasih sayang sekalipun, tidak akan sanggup membedah anaknya yang sedang tenat”

Laman Facebook PAS mendakwa perbualan diantara Teresa dengan Abdul Hadi itu terkandung dalam buku bertajuk Kekeliruan dan Halangan Seputar Isu Perlaksanaan Syariat di Malaysia tulisan Abdul Hadi yang dicetak pada tahun 2004. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori