Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Dr M Kecam Layanan...

NEW YORK – Tun Dr Mahathir Mohamad menempelak kerajaan Myanmar berikutan pembunuhan beramai-ramai...

DAP Pun Ada Peranan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menempelak Pakatan Harapan (PH) dan DAP...

Singapura Umum Rombakan Kabinet,...

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapaura, Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan beberapa rombakan...

Bernama Berperanan Tangani Berita...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai agensi berita berwibawa, boleh...

Pondan Pertama Jadi Majistret Mahkamah Di Kanada

OTTAWA – Kanada cipta sejarah apabila menamakan transgender sebagai majistret minggu ini di Mahkamah Perbandaran Manitoba, iaitu yang pertama daripada golongan berkenaan memegang jawatan hakim di negara itu.

Kael McKenzie, pernah menjadi peguam dan kemudian dilantik sebagai pendakwa di Winnipeg, ibu negeri Manitoba, sebelum dinamakan lewat minggu ini oleh jawatankuasa bebas pencalonan hakim tempatan.

Akhbar The Globe and Mail melaporkan, McKenzie menjadi hakim transgender pertama secara terbuka di Kanada dan pondan ketiga di benua Amerika Utara, selepas hakim di negeri California dan Texas, Amerika Syarikat.

Baca: Syukur… Pondan Muktamad Tiada Tempat Di Malaysia

Kanada sejak 1969 membenarkan aktiviti seks sesama jantina malah membenarkan pondan menyertai khidmat tentera mulai 1992 selain menjadi negara keempat di dunia yang mengizinkan perkahwinan LGBT pada 2005.


Anggota terbaharu trio hakim berkenaan menyifatkan pencalonan tersebut sebagai langkah penting sekali gus satu pengiktirafan pihak berkuasa terhadap kemampuan kelompok pondan dalam arena perundangan.

“Bagi komuniti saya, saya rasa ia amat bermakna. Saya rasa kami (golongan pondan) sudah berjaya memecahkan siling kaca,” katanya kepada rangkaian stesen penyiaran kebangsaan, CBC News. – AFP

[wpdevart_youtube]9vbl0PGnb5o[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori