Bunuh Diri Kerana Tidak Dapat Markah Peperiksaan Cemerlang

SEORANG pelajar universiti tanpa berfikir panjang telah terjun dari bangunan kediamannya selepas mendapat keputusan tidak seperti yang diharapkan dalam usahanya menggapai impian menjadi saintis.

Samantha MacDonald, 20; menyasarkan matlamat untuk menjadi antara penyelidik terkenal tetapi pelajar biologi kemanusiaan itu akhirnya kecewa selepas menerima keputusan 2.2 dalam peperiksaan tahun kedua.

Ditambah pula dengan kemurungan yang dialami susulan kematian ibu saudaranya, MacDonald akhirnya terjun dari apartmennya di Universiti Salford, di Greater Manchester, Britain.

Ketika itu pengawal keselamatan cuba menyelamatkannya namun MacDonald meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah.

Menurut bapanya, Stephen MacDonald, anaknya itu amat fokus dalam pengajian di universiti dan mahu mencatat keputusan cemerlang.

“Dia mendapat keputusan yang amat baik dalam tahun pertama pengajian tetapi selepas mendapat 2.2 pada tahun kedua, ia benar-benar menggugat keyakinannya untuk menjadi saintis,” katanya. – Mynewshub.cc

Loading...