Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Patahkan Cubaan Seludup...

ALOR SETAR - Polis menggagalkan cubaan tiga individu dipercayai keldai dadah untuk menyeludup...

Lebih 20,000 kaki Judi...

KUALA LUMPUR - Seramai 20,216 orang kaki judi dan penganjur pusat perjudian secara...

Nasi Briyani Seri Perdana...

PUTRAJAYA - 'Nasi Briyani Seri Perdana' mendapat sambutan hangat pada Majlis Rumah Terbuka...

Nilai Kekayaan Orang Kaya...

WALAUPUN Robert Kuok kekal berada di kedudukan individu paling kaya di Malaysia dengan...

Topeng Muka ‘Pembedahan’ Tidak Sesuai Untuk Jerebu

PASTINYA semua sudah mengetahui, negara kita sedang dilanda jerebu yang nampaknya semakin hari semakin teruk.

Malah, semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup hari ini ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang kian menghampiri 200.

Berdasarkan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, kawasan yang mencatat bacaan IPU paling tidak sihat setakat 11 pagi ini adalah Ipoh, Perak iaitu 189, diikuti Kuantan, Pahang (184), Kemaman, Terengganu (183) serta beberapa kawasan lain termasuk Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (178) serta Nilai, Negeri Sembilan (170).

Susulan itu, mereka yang melakukan aktiviti luar termasuk ke tempat kerja disaran memakai topeng muka untuk menjaga kesihatan.

Namun, sedarkah anda topeng muka yang banyak dipakai oleh orang ramai di kala ini adalah tidak sesuai bagi melindungi daripada habuk jerebu yang terampai dalam udara.

Sepertimana yang anda lihat, penggunaan topeng muka yang biasanya digunakan dalam bilik pembedahan (surgical mask) dijadikan pilihan buat kebanyakan orang ramai, betul tak?

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di laman sesawangnya telah mengeluarkan ‘Garis Panduan Jerebu Di Tempat Kerja’ yang menyatakan, penutup muka dan hidung yang paling sesuai untuk aktiviti luar bagi pekerja dan orang ramai adalah jenis respirator N95 dan bukannya topeng muka pembedahan.


n952
Sumber: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Ini kerana menurut panduan tersebut, alat pernafasan N95 mampu menapis kira-kira 95 peratus daripada zarah atau jerebu halus yang berada di udara, selain ia lebih selesa untuk pernafasan.

Menurut pakar kesihatan, surgical mask yang dipakai orang ramai sewaktu ini hanyalah sekadar menghalang partikel besar zarah halus jerebu dari masuk ke salur pernafasan, atau dalam kata lainnya hanya sesuai untuk menghalang pengguna daripada menyebarkan virus atau bakteria kepada orang sekeliling sahaja.

n95333
Alat pernafasan N95

Berbanding N95, saluran pernafasan ditapis dengan menuras bahan elastik yang terdapat di dalamnya sekaligus memastikan hampir semua jenis partikel ditapis sebelum memasuki rongga pernafasan,

Dalam garis panduan yang dikeluarkan, majikan juga diingatkan supaya memastikan stok alat pernafasan yang mencukupi dibekalkan kepada para pekerja.

Meskipun orang ramai disaran memakai topeng muka yang betul, apa yang menimbulkan persoalan adalah di manakah topeng muka N95 ini boleh dibeli? – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori