Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

SAR 2 Lelaki Dikhuatiri...

LAHAD DATU - Pasukan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu masih belum menemui dua...

817 Terima BR1M Siri...

CHANGKAT LADA - Sejumlah 817 orang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) siri kedua...

Datuk Vida Tawar Hati,...

PASUKAN bola sepak The Red Warriors menerima tamparan yang hebat apabila penaja utamanya,...

Syiah Jadi Mazhab Islam...

PERTEMUAN wakil-wakil agama dengan penasihat kerajaan baru-baru ini telah menimbulkan kembali isu Syiah...

Tok Kadi Antara 6 Dicekup Nikah Budak 6 Tahun

ISLAMABAD – Polis Pakistan berjaya menangkap enam orang di wilayah Punjab kerana disyaki mengaturkan pernikahan antara seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dengan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

Laman berita Emirates 247 melaporkan, polis memberkas kedua-dua bapa kepada budak lelaki dan kanak-kanak perempuan tersebut, kadi yang menikahkan mereka, dan tiga orang saksi dalam kejadian pada 6 Februari lalu.

Mereka didakwa melanggar undang-undang tempatan yang melarang pernikahan bawah umur. Keenam-enam orang yang ditangkap itu menghadapi hukuman penjaran enam bulan dan/atau denda 50,000 rupee (RM2,008).

Kesemua mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesalahan tersebut ketika dibicarakan di sebuah mahkamah, tetapi polis menyatakan pihaknya mempunyai bukti rakaman video acara pernikahan berkenaan.

Penggubal undang-undang Pakistan pada bulan lalu terpaksa membatalkan usul di Parlimen untuk mengenakan hukuman lebih berat bagi mereka yang didapati bersalah mengaturkan pernikahan kanak-kanak bawah umur.

Ia setelah lembaga agama negara tersebut menyatakan bahawa peruntukan hukuman sedemikian sebagai tidak selaras dengan tuntutan ajaran Islam sendiri dalam usaha bagi mengelakkan gejala maksiat remaja sekolah.


Usul tersebut juga mengusulkan agar meningkatkan umur minimum yang sah dari segi undang-undang Pakistan bagi wanita muda berkahwin kepada 18 tahun daripada peraturan sekarang yang membenarkan usia 16 tahun.

Para ulama Pakistan di Majlis Fatwa Islam berpendapat tiada had usia tertentu bagi perkahwinan dari segi Syariah, kerana seseorang wanita itu boleh berkahwin sekiranya sudah mencapai peringkat akil baligh.

Para aktivis hak asasi manusia mengutuk keras langkah menolak usul itu di Parlimen kerana bimbang ia akan menggalakkan kanak-kanak sekolah dapat berkahwin pada umur muda. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori