Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Parti Amanah Anggap PAS...

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN), Salahudin Ayub menyifatkan PAS...

Bahaya Pemberian PSS Rujuk...

KIMANIS - Bekas menteri pertahanan, Hishammuddin Hussein malam tadi mengingatkan tentang bahaya pemberian...

Kenyataan Didakwa Fitnah: Polis...

PUTRAJAYA - Polis hari ini merakam percakapan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir...

Nakhoda, Kru Disyaki Ambil...

SHAH ALAM - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 4 Klang menahan sembilan...

TMJ Ingin Bersemuka ‘Man To Man’ Dengan Penghinanya

SUSULAN kes penahanan individu dan seorang lagi buruan polis yang masih terlepas ekoran membuat kenyataan menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman sosial kini bertambah menarik.

Ia ekoran inisiatif baginda mencadangkan agar Polis Diraya Malaysia (PDRM) supaya tidak menangkap individu tersebut, sebaliknya mengaturkan satu pertemuan antara dirinya bersama suspek yang menghinanya itu.

Menerusi satu wawancara yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers, baginda mengatakan amat berhajat untuk bersemuka ‘man to man’ dengan mereka.

“Saya lebih suka jika pihak berkuasa dapat menganjurkan pertemuan antara saya dan individu-individu tersebut dan memberikan mereka peluang untuk menyuarakan apa yang mereka mahu katakan kepada saya secara berhadapan dan bersemuka antara mereka dan saya sahaja.

“Saya akan menghargainya jika anda bersetuju dengan cadangan ikhlas saya ini,” katanya.

Pada masa yang sama, Tunku Ismail juga mengakui tidak peduli dengan sebarang kenyataan individu-individu yang pernah menghinanya.

“Ya. Saya dimaklumkan tentang perkara ini tetapi apa yang boleh saya lakukan sekiranya ada orang yang ingin membuat laporan polis mengenainya.

“Terus terang saya cakap yang saya tidak peduli apa sahaja orang mengatakan kerana saya amat bersyukur dengan apa yang Allah SWT berikan kepada saya. Saya tiada masa untuk melayan orang-orang seperti ini,” tambahnya.

Sebelum ini, pihak polis menahan seorang lelaki di Selangor bagi membantu siasatan berhubung penghinaan terhadap Tunku Ismail di Facebook.


Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata lelaki berumur 23 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu tukang masak ditahan kira-kira 8 malam di Taman Intan, Dengkil.

Selain itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan laman sosial.

Satu pasukan khas juga telah ditubuhkan oleh polis Johor untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan laman sosial, tambahnya.

Dalam pada itu, agensi berita Bernama melaporkan bahawa Polis Johor juga memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lagi suspek lelaki.

Lelaki terbabit, dikenali sebagai Salman Zakaria atau Lemey, 30, nombor kad pengenalan 860517-29-5877 dengan alamat terakhir di nombor 47-B, Jalan Kampung Besut, Tumpat, Kelantan.

“Lelaki itu yang merupakan orang dikehendaki polis bersabit Taman Pelangi Report 3381/16, kali terakhir dikesan bekerja sebagai kerani di Pejabat Pos Kubang Kerian, Kelantan,” kata Wan Ahmad Najmuddin. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori