Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Stesen TV Ingkar, Tetap...

Mesir – Sebuah stesen televisyen swasta telah melanggar arahan kerajaan dengan menyiarkan rancangan...

Mayat Dalam Tangki Air:...

POLIS menemui motosikal dipercayai milik penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub yang hilang...

Lagi Tip Keselamatan Penggunaan...

KUALA LUMPUR - Bagi mereka yang akan pulang ke kampung halaman untuk sambutan...

PPBM Sah Setuju Sertai...

PETALING JAYA - Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini sebulat suara...

“Tidur Anwar Terganggu Kerana Nyamuk” – Wan Azizah

KUALA LUMPUR – “Tidur Anwar sedikit terjejas kerana gangguan nyamuk,” kata Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai keadaan terkini suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang di penjara di Sungai Buloh.

Dr Wan Azizah berkata beliau telah memohon kepada pihak penjara supaya menyediakan tilam setebal dua inci dan menyelesaikan masalah tandas yang tidak sesuai.

“Pihak penjara meyakinkan kami namun kami masih menunggu janji mereka untuk menyediakan tilam setebal dua inci dan menangani masalah nyamuk selain tandas cangkung yang tidak sesuai dengan keadaan fizikal Anwar,” katanya kepada pemberita di luar mahkamah selepas perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Anwar terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Di akhir prosiding hari ini, Anwar sempat berkata: “Terima kasih Yang Arif, saya akan balik ke Sungai Buloh” selepas selesai memberi keterangan.

Kes itu didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S. Hassan Badjenid dengan Anwar diwakili peguam Razlan Hadri Zulkifli manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mewakili Anifah.

Anwar, 67, yang berpakaian kemeja biru muda dan berseluar hitam, tiba pada pukul 7.45 pagi di Kompleks Mahkamah di sini dan dibawa ke dalam bilik bicara sejam kemudian dengan diiringi pegawai dari Penjara Sungai Buloh dan polis mahkamah tanpa bergari.


Sebelum prosiding bermula, anggota keluarganya termasuk Dr Wan Azizah dan beberapa pemimpin pembangkang antaranya Menteri Besar Selangor Azmin Ali dibenarkan bertemu dengan Anwar di bilik saksi.

Cucunya yang masih kecil dan kebiasaannya tidak dibenarkan memasuki mahkamah juga berada di galeri awam ketika prosiding itu berlangsung.

Beliau hadir di mahkamah itu untuk memberi keterangan dalam kes samannya sebanyak RM100 juta terhadap Anifah berhubung kenyataannya pada sidang media di Washington pada Mei 2009.

Anwar dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini ketika sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lalu memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori