Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Selamatkan Remaja Mangsa...

ALOR SETAR - Polis menyelamatkan seorang remaja perempuan yang menjadi mangsa culik, rogol...

BN Terus Salur Bantuan...

SEGAMAT - Kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) akan terus menyalurkan bantuan pendidikan...

TNB Nafi Seluruh Negara...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) hari ini menafikan satu posting yang...

Parlimen Kanada Sebulat Suara...

OTTAWA - Parlimen Kanada sebulat suara mengutuk serangan peribadi terhadap Perdana Menteri, Justin...

Teruja Jaringkan Gol, Aksi ‘Somersaults’ Undang Maut

AKIBAT terlalu teruja dengan jaringan gol yang dilakukannya, seorang pemain bola sepak muda di India meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah pada tulang belakangnya.

Memetik laporan AP, Peter Biaksangzuala, 23, membuat aksi lonjakan tunggang terbalik (somersaults) beberapa kali sebelum terjatuh ke belakang lalu mendarat atas kepalanya sendiri.

Ketika itu dia meraikan gol untuk pasukannya, Bethlehem Vengthlang FC dalam satu perlawanan tempatan di bandar Khawzawl berdekatan sempadan Myanmar, Selasa lalu.

Malang sekali ketika Biaksangzuala terlantar kesakitan, rakan sepasukan melonjak pula ke atasnya untuk sama-sama meraikan kejayaan gol itu sebelum menyedari kecederaan teruk dialaminya.

Mereka kemudian bergegas mengusung dan mengejarkan rakan mereka itu ke hospital.

peter football


Biaksangzuala bagaimana pun meninggal dunia semalam selepas keadaannya bertambah teruk ketika doktor berusaha membetulkan tulang belakangnya.

Lal Hmar, seorang pegawai bola sepak di wilayah Mizoram memberitahu wartawan, pemain muda itu mendermakan matanya sebelum dia meninggal dunia.

“Peter pemain berbakat yang menyimpan harapan besar mahu beraksi dalam liga kebangsaan satu hari nanti,” kenang Hmar.  – MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori