Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Punca Pengacara Cuaca TV...

PASTINYA ramai gempar menyaksikan pengacara televisyen disuruh mengenakan kardigan sewaktu siaran langsung susulan...

Isu Doping: Bukan Masanya...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menegaskan sekarang bukan masanya untuk...

PAS Harap RCI Beri...

KOTA BHARU - PAS berharap penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) oleh kerajaan, sekiranya...

Mampu Penuhi Keperluan Perolehan...

KUALA LUMPUR – Malaysia mampu untuk memenuhi keperluan perolehannya walaupun selepas memansuhkan Cukai...

HP Di Kocek Terbakar, Lelaki Buka Seluar Tengah Jalan

SEORANG lelaki yang tinggal di Wuhan, China berhadapan detik paling cemas dalam hidupnya apabila tiba-tiba telefon bimbitnya terbakar di dalam poket.

Akibat insiden yang berlaku pada Sabtu lalu, lelaki dikenali sebagai Zhang terpaksa menanggalkan seluarnya di tengah jalan selepas pahanya terasa panas akibat bahang api.

Setelah diperiksa, barulah Zhang menyedari telefonnya telah meletup dan dia segera bertindak mencampakkannya ke tanah.

Seorang wartawan dari Chutian Metropolis Daily kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat situasi sebenar.

Menurut wartawan tersebut, di tempat kejadian dia mendapati poket Zhang mempunyai kesan lubang terbakar dan lokasi kejadian turut berbau asap.

boom_phone6 boom_phone2boom_phone3

Wartawan itu mendedahkan telefon berkenaan mempunyai logo Samsung dan ianya merupakan model SM-G9009W.


Zhang memberitahu wartawan tersebut, telefon tersebut dibeli pada tahun 2014 di sebuah kedai elektronik di pusat bandar.

Jelasnya, sejak mula dibeli, telefon itu kadang kala menjadi panas selepas lama digunakan tetapi tiada apa-apa berlaku sehinggalah pada hari berkenaan.

Zhang kini sedang menunggu jawapan dari pengilang telefon bimbit berkenaan susulan kejadian itu. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Shanghaiist

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori