Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mangsa Kebakaran Terima RM25,000...

KUALA TERENGGANU - "Kami sekeluarga bersyukur dan terharu sangat dengan bantuan kerajaan negeri...

Pengurus Bank Campak Dua...

NEW DELHI -Seorang pengurus bank yang mencampak dua beg mengandungi sisa mayat seorang wanita...

Pekebun Ditetak Senda Rakan...

MIRI - Gara-gara mempersendakan rakannya yang menghidangkan daging biawak, seorang pekebun lelaki cedera...

Kerusi Maut: 31 Individu...

KUALA LUMPUR - Polis sudah mengambil keterangan 31 individu berhubung kejadian seorang remaja...

Tapak Arkeologi Sungai Batu Bakal Diratakan Oleh Pemaju?

JIKA di Barat, watak filem seperti Indiana Jones, Lara Croft, dan Nathan Drake diwujudkan untuk menghargai nilai arkeologi dan tinggalan tamadun peradaban dunia.

Kisah bagaimana Amerika Syarikat, pertubuhan Nazi dan kesatuan Soviet yang begitu menghargai sejarah dipaparkan dalam kisah mereka.

Ini menunjukkan sikap ‘proud to be’ mereka yang sangat menitik beratkan asal-usul yang kemudiannya dapat memberi gambaran imej mengenai latar belakang sesuatu tamadun.

Berlainan di Malaysia, kita mungkin tidak mempunyai inisiatif sehingga ke tahap penghasilan filem, namun bagi kami, pembelajaran dan didikan yang diberikan sewaktu di bangku sekolah sudahpun memadai.

Sepertimana subjek mata pembelajaran Sejarah, guru ada menerangkan mengenai penemuan tulisan-tulisan tinggalan peradaban kuno seperti yang terdapat di Sungai Batu, Lembah Bujang.

Penemuan-penemuan ini yang dikatakan ditemui di Sungai Batu ini menunjukkan tamadun awal bangsa Melayu yang mungkin merupakan satu ketamadunan yang sama tinggi dengan ketamadunan bangsa-bangsa lain setanding tamadun Mohenjodaro, Aztec, Maya dan Babylon.

Apa yang kami boleh katakan ialah bangsa Melayu sebenarnya merupakan satu bangsa yang pandai, handal dan masyur suatu ketika dahulu.

Namun pada hari ini, jujur kami katakan sesetengah dari pemimpin kita sendiri tidak belajar mencintai sejarah negara, sehingga ada yang ditertawakan apabila melaungkan slogan ‘Hidup Melayu’.

Senang cerita, terdapat sesetengah pemimpin yang buta sejarah dan lebih mementingkan benda-benda yang memberi keuntungan kepada mereka.

Berbalik kepada tapak penemuan arkeologi di Sungai Batu, kawasan tersebut menyimpan 1001 cerita tentang kegemilangan bangsa Melayu. Jika diteliti semula sejarah Sungai Batu ini, mesti ada yang bangga menjadi salah seorang bani Melayu ini.

Melayu bukan bangsa pendatang, tamadun Melayu kuno yang dijumpai di Sungai Batu sudah disahkan berusia 500 ke 600 tahun sebelum masihi.

Bayangkan kalaulah ianya wujud di negara lain, sudah tentu pemimpin negara itu berusaha sedaya upaya untuk pertahankan peninggalan sejarah yang ada, sebab itu adalah bukti bahawa bangsa Melayu bukan bangsa pendatang.

Bangsa Melayu juga merupakan bangsa yang bijak pandai, mengapa kami mengatakan demikian ialah kerana sudah terdapat penemuan yang merungkai bagaimana bangsa Melayu pada waktu tersebut iaitu 500 tahun sebelum masihi, sudah pandai melebur besi.

sungai batu1.1png
Tapak peleburan besi yang ditemui di Sungai Batu.

Kerja-kerja peleburan ini sudah beroperasi 100 tahun sebelum kelahiran Rasulullah SAW.

Buat pengetahuan anda, peleburan besi adalah peringkat yang paling tinggi di dalam industri berat di seluruh dunia.

Proses peleburan memerlukan suhu sekitar 1600 darjah Celcius (°C) yang mana baru lah bijih besi itu dapat dileburkan.

sungai batu2
‘Labu’ kuno yang dikatakan untuk melebur besi.

Cuba anda bayangkan pada zaman tersebut cuma ada ketuhar yang diperbuat daripada tanah liat dan kayu api, berapa hari kah yang diperlukan untuk menunggu suhu sehingga 1600°C?

Dari situ kita boleh fikir, tanpa kepakaran semua ini mungkin tidak dapat dilakukan.

Namun, baru-baru kita dikejutkan dengan satu berita yang khabarnya tapak arkeologi Sungai Batu akan diratakan dan digantikan dengan projek perumahan daripada pemaju.

Menurut laman Facebook Sungai Batu 500 BC, dikatakan lebih dari 200 ekar tanah di Sungai Batu telah mendapat kebenaran daripada pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) bagi digunakan pemaju untuk mendirikan kawasan perumahan.


Bunyi macam kerajaan negeri seakan lepas tangan sahaja berkenaan perkara ini, namun biarlah kami perjelaskan dari awal mengenai permasalahan yang timbul.

Sebagai pencerahan, kami perjelaskan bagaimana timbulnya persoalan mengenai pemilikan tanah di kawasan tapak arkeologi tersebut.

Setakat ini, lebih dari puluhan tapak-tapak penting dikesan berada di atas sebahagian 200 ekar tanah yang bersebelahan dengan tapak Sungai Batu.

Pemilik tanah tersebut yang merupakan seorang pemaju pada 2006 telah membuat pelan pembangunan iaitu perumahan tetapi apabila dijumpai tinggalan di atasnya, beliau telah segera menghentikan perancangan tersebut.

Selama sembilan tahun pemilik tanah seluas 200 ekar tersebut menunggu untuk kerajaan ambil (beli) dan miliki tanah kerana ramai pihak yang tahu terdapat tapak-tapak penting dikenalpasti di atas tanah beliau.

Tetapi sampai ke hari ini tiada langsung tindakan samada dari Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.

Kita tidak boleh menyalahkan pemilik kerana salama sembilan tahun itu, beliau telah kerugian masa dan wang ringgit.

Pada masa ini, perkara ini telah dibawa kepada kerajaan negeri dan maklum balas yang diterima adalah cukup baik tetapi sayang…kerajan negeri masih lagi sedang mencari siapakah yang perlu membeli 200 ekar tanah tersebut.

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyifatkan yang mana tidak mungkin kerajaan negeri mahu memusnahkan tapak yang mengandungi sejarah tinggalan ketamadunan Melayu itu.

Persoalan paling utama ialah, jika Kerajaan tidak mengambil langkah membeli tanah-tanah ini, apakah nasib pada pemilik tanah? Sudahlah tidak dibeli pastinya pihak pemilik akan rasa tertekan.

Bayangkan jika Kerajaan tidak mahu membeli tanah di kawasan tersebut, berkemungkinan tapak-tapak penemuan sejarah tersebut akan hilang demi atas nama kemajuan.

Jika semua ini berlaku, ini merupakan titik permulaan kehilangan bukti kemegahan dan asal-usul bangsa kita.

Maka, mulai dari situ, bangsa Melayu mungkin akan terus digelar bangsa pendatang kerana bukti kewujudan awal bangsa kita sudah tidak ada lagi.

Sebelum terlambat, ayuh kita sama-sama pertahankan tapak arkeologi Sungai Batu.

Berilah laluan kepada pengkaji-pengkaji untuk menghuraikan segala misteri yang tersimpan di sana.

Kita sepatutnya meninggikan tinggalan sejarah bangsa kita sendiri, bukan mengagungkan sisa tinggalan sejarah sang penjajah. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IEAMYRUL HAZIQ EHSAN

1 komen

  1. Tamadun Indo Aryan yg seangkatan dng Indo Iranian. 2 kaum yg menganut Agama Hanif Ajaran Ibrahim AS.

    Menurut Al Quran Nabi Ibrahim adalah seorang jurubina yg amat mahir dlm bidang senibinaan.

    Bahasa Indo Aryan dan Iranian adalah ibu pada bhs Sanskrit dan Malayo Austronesian.

    Jng sekali kali hubungkaitkan penemuan tsb dng pengaruh Hindu Buddha.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori