Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“PPBM Hantar Laporan Palsu...

SUNGAI PETANI – Seorang anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini membuat...

Skim Penyelidikan Sejarawan Perlu...

KUALA LUMPUR – Skim penyelidikan sejarawan tempatan perlu diwujudkan bagi memastikan kesinambungan pelapis...

Thomson Reuters Keluarkan Buku...

KUALA LUMPUR – Thomson Reuters Malaysia melancarkan buku berjudul “The Life and Law...

Remaja Samseng Tumbuk Warga...

SEORANG remaja perempuan berusia 14 tahun ditangkap selepas menumbuk muka seorang warga emas hingga...

Tangan Wanita Terputus Akibat Tersepit Pintu Lif

SINGAPURA – Seorang wanita warga tua dipercayai terputus tangan kirinya setelah tersepit antara pintu lif di sebuah blok perumahan awam milik agensi pemerintah atau HDB di Taman Tasik Jurong pada Jumaat.

Menurut pasukan pertahanan awam Singapura atau SCDF, pihaknya telah dimaklumkan oleh orang awam mengenai kejadian ngeri itu berlaku di Blok 322 Tah Ching Road itu kira-kira pukul 7.27 pagi.

Apabila tiba di tempat kejadian, para pegawai SCDF menjumpai wanita malang berkenaan masih terperangkap lagi dalam lif di tingkat satu, dengan tangan kirinya didapati tersepit antara pintu lif tersebut.

Menurut TODAY, akhbar percuma edisi petang terbitan MediaCorp., anggota SCDF berjaya menyelamatkan wanita itu dengan menggunakan perkakas berat untuk mengumpil pintu lif sehingga terbuka.

flat


Baca: Pos Singapura Guna Drone Hantar Surat Ke Pulau Kecil

Mangsa berkenaan kemudian segera dihantar ke Hospital Universiti Nasional Singapura (NUH) di Lower Kent Ridge Road dengan mengalami masalah kecederaan tangan kiri yang amat serius.

Pihak hospital tersebut sudah pun diberitahu lebih awal untuk bersiap sedia dan difahamkan bahawa tangan kiri wanita itu yang terputus telah dibalut dalam ais serta dibawa ke NUH.

Sementara itu, empat pekerja syarikat penyelenggaran lif berkenaan, Sigma Elevator Singapore telah dipanggil untuk kerja-kerja baik pulih sebelum keadaan kembali normal selepas pukul 2 petang.

Beberapa jiran mangsa memberitahu akhbar The Straits Times, wanita berusia 80-an itu dilihat membawa seekor anjing peliharaannya yang berwarna putih sebelum kedua-duanya terperangkap di dalam lif. - Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori