Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemberian Permit, Geran RM5,000...

KUALA LUMPUR - Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (Persim) mendakwa Program Transformasi Industri...

Harga Ayam Di Selangor...

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menetapkan harga...

Polis Lengkapkan Kertas Siasatan...

BUKIT MERTAJAM - Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes kematian pembantu rumah warga...

Mahathir Nafi Siti Aisyah...

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan pembebasan warga Indonesia, Siti Aisyah...

Tak Beri Seat Bas, Remaja ‘Diceramah’ Warga Emas

SEBUAH video memaparkan seorang remaja perempuan di China berkeras tidak mahu memberikan tempat duduknya kepada seorang lelaki tua dalam sebuah bas, menjadi viral di media sosial sana.

Video berdurasi 4 minit 8 saat itu telah mencetuskan perdebatan hangat tentang etika memberi tempat duduk dalam pengangkutan awam.

Menerusi video berkenaan, seorang remaja perempuan dilihat selamba mendengar lagu tanpa menghiraukan lelaki tua yang sedang membebel kepadanya, dalam sebuah bas di Fuzhou.

“Kamu perempuan yang jahat dan tidak layak dipanggil manusia,” herdik lelaki tua itu.

Remaja Kena 'Ceramah' Warga Emas,

Akhirnya mungkin kerana tidak tahan dicerca, remaja perempuan itu bertindak membalas balik kata-kata warga emas berkenaan.

Bagaimanapun jawapan remaja tersebut sikit pun tidak diendahkan lelaki tua yang terus berleter sambil menuding jari  ke arah remaja berkenaan, menyuruhnya keluar.


Pertengkaran yang berlaku menimbulkan rasa kurang senang buat penumpang lain sehinggakan seseorang tampil bersuara, “Kamu berdua telah mengganggu semua orang dalam bas”.

Akhirnya lelaki tua mengalah dan bertindak turun dari bas berkenaan.

Rata-rata pengguna Weibo yang melihat video ternyata menyebelahi remaja perempuan tersebut.

“Jika mahu dihormati kamu perlu hormat orang dulu, kita semua sama saja,” komen salah seorang mereka. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori