Permaisuri Johor Bantu Temukan Ultraman Untuk Adik Hafiq

SUSULAN perkongsian gambar adik Muhammad Hafiq Qayyum di laman Facebook Mynewshub semalam, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut berkenan meninggalkan komen selepas baginda di’tag‘ seorang pelayar FB Mynewshub mengenai permintaan adik tersebut.

Adik Hafiq menghidap penyakit kanser darah yang kebiasaannya menyerang orang dewasa dan dilaporkan hanya 4 hingga 5 dalam 100 kanak-kanak berisiko tinggi menghidap penyakit tersebut.

Ibu saudara Hafiq berkongsikan gambar si comel itu memegang kertas bertulis impiannya untuk bertemu dengan adiwira kegemarannya iaitu Ultraman.

hafiq

Ibu Harap Impian Anak Hidap Kanser Jumpa Ultraman Tercapai

Dalam komen yang ditinggalkan di FB Mynewshub, Raja Zarith Sofiah menunjukkan keprihatinan baginda dengan bertanyakan kepada seorang doktor badut ternama tanah air mengenai hasrat adik Hafiq itu.

Doktor tersebut iaitu Iskandar Syah Ismail sememangnya terkenal dengan kerja-kerja kebajikan malah sering menghiburkan pesakit kanak-kanak di seluruh negara kita.

Iskandar Syah kemudiannya membalas mesej tersebut dengan mengatakan dia sudah menghubungi pihak yang boleh membantu adik Hafiq demi menunaikan impian anak kecil berusia dua tahun lima bulan itu.

Doktor Badut Letak Sensitiviti Pesakit Di Tangga Teratas

Ijazah Kejuruteraan Kimia Dari UK, Tapi Memilih Jadi Doktor Badut!

fb

Ternyata keprihatinan yang ditunjukkan Raja Zarith Sofiah mendapat pujian daripada pelayar FB kami yang cukup tersentuh dengan sifat keibuan dalam diri baginda. Menjunjung kasih tuanku!

Raja Zarith Sofiah sendiri malah turut mempunyai sejarah peribadi kehilangan anakanda keempat, almarhum Tunku Abdul Jalil yang mangkat akibat penyakit kanser hati pada 5 Disember tahun lalu.

fb1

Tunku Laksamana Johor itu didiagnosis sejak tahun 2014 dan telah menerima pelbagai rawatan termasuk di China bagi merawat penyakitnya itu. – MYNEWSHUB.CC

zarith
Gambar kenangan Raja Zarith Sofiah dengan anakanda, Tunku Abdul Jalil yang mangkat akibat penyakit kanser hati pada Disember tahun lalu.

Loading...