Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Cara ‘Kreatif’ Pemandu Lori...

SEBAHAGIAN pemandu lori di China menggunakan pelbagai cara 'kreatif' bagi mengelakkan saman trafik selepas...

TMJ Akan Tinggalkan Dunia...

PEMILIK Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal membuat kejutan...

Koperal Polis Di IPD...

BALING - Seorang anggota Unit Kereta Peronda (MPV) polis ditemui mati akibat tertembak...

Bukan Bajet Bantu Rakyat,...

SEDIH... Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menganggap Belanjawan 2019 yang dibentang di...

Sultan Selangor Tarik Balik Gelaran `Datuk Seri’ Khir Toyo

KUALA LUMPUR – Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga!

Begitulah nasib bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo yang dihukum penjara setahun kerana salahguna kuasa baru-baru ini.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah menarik balik gelaran `Datuk Seri’ yang dianugerahkan kepadanya pada tahun 2001.

Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, Sultan Sharafuddin mengeluarkan titah itu selepas berunding dengan Dewan Di-Raja Selangor.

“Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) Kelas Pertama yang membawa gelaran Datuk Seri yang telah dikurniakan pada tahun 2001 kepada Mohamad Khir telah ditarik balik dan dibatalkan berkuatkuasa 30 September 2015.

“Penarikan Darjah Kebesaran S.P.M.S ini berasaskan keputusan pendakwaan kes rayuan jenayah melalui perintah mahkamah bertarikh 22 September 2015. Memandangkan Mohamad Khir telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman, maka beliau adalah seorang yang tidak lagi layak dan sesuai memegang Darjah Kebesaran ini,” katanya dalam satu surat rasmi Kerajaan Selangor bertarikh hari ini.

Justeru, Mohammed Khusrin berkata, Mohamad Khir dilarang daripada menggundakan Darjah Kebesaran dan gelaran Datuk Seri dan pihak lain turut ditegah daripada menggunakan gelaran berkenaan ke atas bekas Menteri Besar Selangor tersebut.


Menurutnya, Sultan Selangor memandang berat reputasi penerima Darjah Kebesaran Negeri Selangor terutama dalam kalangan pemimpin negara dan negeri yang terlibat dengan mana-mana perlakuan tidak sihat dan berintegriti seperti rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa.

Kata beliau, Sultan Sharafuddin bertitah penerima Darjah Kebesaran Negeri Selangor tidak seharusnya terlibat dengan perbuatan salah laku dan kesalahan jenayah demi melindungi martbat Darjah Kebesaran Negeri Selangor yang dipakai disamping memelihara status penerimanya.

Sehubungan itu, katanya, Sultan Selangor menasihati semua penjawat awam di semua peringkat tidak terpengaruh dengan amalan menyalahgunakan kuasa atau membiasakan diri dengan budaya rasuah dalam kehidupan seharian yang boleh membawa impak kepada kemusnahan martabat kaum, bangsa, rakyat, agama dan negara.

“Sultan Selangor selanjutnya memberi peringatan kepada semua pihak bertanggungjawab untuk memastikan langkah-langkah wajar dan tindakan tegas dilaksanakan bagi membendung gejala rasuah, pecah, amanah, penyalahgunaan kuasa dan amalan tidak berintegriti terutamanya ke atas semua penjawat awam, pemimpin, golongan profesional, ahli korporat dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti salah laku dan yang seumpamanya bagi memastikan keadaan negeri dan negara sentiasa dalam suasana aman sentosa di bawah tadbir urus yang cekap, penuh amanah dan berintegriti,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori