Sejak Bila Melaka Ada Adat Tunjuk Payudara Di Majlis Kahwin?

SEBUAH laman blog dipercayai sengaja mencipta kontroversi apabila memuatnaik gambar lucah seorang gadis dengan pakaian terlondeh menampakkan payudara sambil mendakwa individu berkenaan dikenali sebagai Datin Azurah yang tampil begitu di hari perkahwinannya.

Tak cukup dengan itu, penulis menabur fitnah menyatakan terdapat adat orang Melaka yang sememangnya memerlukan si pengantin perempuan menampilkan asetnya itu ketika menjadi raja sehari… kan ke boleh ‘naik hantu’ kalau orang Melaka baca ni!

Memetik kenyataan ditampilkan di blog tersebut, “Menurut beberapa orang Melaka adat orang Melayu Melaka kalau anak perempuan mereka kahwin memang mengeluarkan kedua-dua teteknya walaupun mereka itu orang Islam tidak kira sama ada anak Datuk ini sebahagian adat resam dan budaya orang Islam Melaka yang telah diamalkan sekian lama.

“Bagi orang Melayu Melaka bukan semuanya hanya segelintir sahaja yang memakai pakaian hingga mengeluarkan buah tetek ini memang trend orang Islam sekarang hanya untuk di Melaka sahaja bukan semua negeri.”

10407947_517927571669235_7903226310679670448_n

Menerusi foto ditampilkan, kelihatan individu wanita yang dikatakan ‘Datin Azurah’ langsung tidak kelihatan canggung dan masih tersenyum walaupun persalinan yang disarungnya terlorot hingga menampakkan kedua-dua belah payudara.

Malah, pasangannya di sebelah turut kelihatan tersenyum dan tidak menampakkan reaksi terkejut mahupun marah ketika isteri di sebelah membuat tayangan percuma kepada jemputan.

Bagi yang baru sehari dua kenal Internet mungkin boleh terpengaruh dengan dakyah tahyul penulis blog ini namun rasanya ramai pembaca sudah cukup bijak untuk termakan umpan bodoh bermodalkan seks begini.

blogfitnahorgmelaka2

Apa yang dikesalkan, penulis blog kelihatan tidak kisah bermain dengan sentimen agama dan budaya Melayu semata-mata mahu membawa pelawat ke laman blognya.

blogfitnahorgmelaka1

Bagi kami di Mynewshub.cc, jika penulis yang melakukan perbuatan ini seorang Islam yang tahu betapa besarnya dosa memfitnah maka tindakan ini lebih keji daripada isu hukum agama dipersoalkan  individu bukan Islam yang sekurang-kurangnya, memang tak tahu hukum.

Laman blog Pendekar Berkuda mendedahkan, gambar didakwa ‘Datin Azurah’ dalam blog picisan ini disahkan sudah berlegar di medan siber sejak tahun 2007 lagi.

Menurut pengendali blog lagi, Datin Azurah hanyalah satu karakter rekaan yang dimomokkan bagi menyajikan pembaca dengan kisah berpaksikan human interest dan berbaur seks yang diketahui mampu menarik perhatian masyarakat.

Untitled (1)

Malah, ia juga merupakan teknik yang digunapakai sesetengah blogger bagi mengaut keuntungan berganda melalui trafik pembacaan di blog mereka! Dasar keparat yang berkiblatkan keuntungan saja…

Bagi menjelaskan lagi situasi sebenar, pemilik blog bertanggungjawab itu turut menyelitkan pautan ke laman blog Indonesia, AnehDiDunia yang turut memuat naik gambar sama.

Tadaa…! Ternyata foto yang dikatakan Datin Azurah itu, merupakan selebriti Indonesia yang mengalami kegagalan fungsi baju sehingga menyebabkan buah dadanya tersembul.

Di laman sama, beberapa gambar selebriti seberang lain yang turut mengalami masalah sama turut dipaparkan termasuklah Agnes Monica dan Julia Perez.

UntitledKepada pembaca, gambar kontroversi yang dijadikan modal ‘siaran ulangan’ seperti ini sudah terlalu sering berlaku jadi janganlah mudah diperbodohkan untuk mempercayai, apatah lagi menyebarkan isi fitnah di dalamnya kepada orang lain.

Ya, lima tahun menjelangnya Wawasan 2020, rakyat Malaysia harus bangkit daripada mudah diperkotak-katikkan di alam siber dengan cerita-cerita tahyul dan fitnah yang tiada sempadan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Video Selebriti Indonesia Alami Masalah Fungsi Baju 

https://www.youtube.com/watch?v=-t9nY_8tQeo

Loading...