Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Dubai Keluar Fatwa Haram...

DUBAI - Pihak berkuasa hal ehwal agama Islam di Dubai mengeluarkan fatwa yang...

2 Penjenayah Ditembak Mati

KULAI - Hanya selepas 30 minit cuba melarikan diri daripada polis dengan turut...

23 Individu Ditangkap Main...

SEREMBAN - Seramai 23 individu termasuk seorang penjaga premis ditangkap ketika berjudi di...

KDN Serbu Muzium Komik,...

GEORGETOWN - 13 naskhah komik propaganda 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama'...

Shasha ‘Steering Lock’ Dan Lelaki Langgar Keretanya Didakwa

LELAKI yang bergaduh dengan seorang wanita selepas merampas petak parkir keretanya, merakam pergaduhan tersebut dan menyebarkannya sehingga menjadi viral di media sosial, didakwa di Mahkamah Majistret pada rabu.

Kontraktor, Cheah Jeng Yeh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana membuat khianat hingga menyebabkan kerosakan kepada kereta Volvo milik Shasha Farina Mohd Shafie.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 28 Oktober di hadapan kedai nombor 43, Jalan SS15/5A, Subang Jaya pada pukul 7 pagi.

SEBELUM INI: Amukan ‘Shasha Steering Lock’ Jadi Viral

Bagaimanapun tertuduh tidak mengaku salah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000.

Majistret Salamah Salleh menetapkan 2 Disember depan untuk sebutan semula kes itu.


Sementara itu, Shasha turut didakwa di mahkamah sama kerana melakukan kerosakan dengan mengetuk kereta Toyota Camry milik kontraktor terbabit menggunakan pengunci stereng.

181
Cheah (kiri) dan Shasha. – Foto The Star

Shasha bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid.

Rakaman video bertajuk ‘Amukan Shasha Steering Lock’ menjadi viral sejak beberapa hari lalu, memaparkan seorang wanita memukul sebuah kereta Toyota Camry menggunakan pengunci stereng selepas pemandu kereta terbabit dikatakan melanggar keretanya dan menolak bapanya.

Shasha dilaporkan berkata, dia terpaksa bertindak seperti itu bagi mempertahankan keluarga dan hartanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori