Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Lembaga Pengarah 1MDB Tawar...

KUALA LUMPUR - Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad’s (1MDB) secara kolektif menawarkan peletakan...

Anak Jatuh Cinta Pada...

Seorang anak yang berpisah dengan ibunya selama 14 tahun akhirnya bertemu semula dengan...

Wanita Hasilkan Mural Sebagai...

KALAU sudah jatuh cinta, segala-galanya indah. Sebab cinta, manusia sanggup buat apa sahaja....

12 Pantang Larang Pramugari,...

TAHUKAH anda, ada perkara-perkara yang seseorang pramugari atau pramugara tidak boleh lakukan untuk...

Shahrom, Peserta Solo Negara Sudah Bersedia Takluk Antartika

KUALA LUMPUR – Peserta solo Ekspedisi Jelajah Kutub Selatan ‘All The Way 2015’, Shahrom Abdullah mengakui sudah 100 peratus bersedia untuk menakluk Antartika setelah berjaya menyelesaikan empat fasa latihan sebagai persediaannya dalam misi mengharumkan nama negara.

Empat sesi latihan tersebut dilakukan di kaki pergunungan Gunung Everest, Nepal; Norway, Alaska dan Janda Baik, Pahang dengan setiap satu lokasi mempunyai objektif yang tersendiri. Antaranya latihan bagi menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk melampau, kecergasan fizikal serta mempelajari teknik ski yang akan diaplikasikan sepanjang ekspedisi selama 60 hari.

DSC_3326
Dari kiri: Dr. Mohd Ihsan Che Mohd Noh, Muqharabbin Mokhtaruddin, Shahrom Abdullah, Datuk Akmar Hisham Mokhles, Hazran Mohamed dan Faizal Jefferi Mohd Rustam.

“Persiapan setakat ini semua berjalan lancar dari segi latihan fizikal dan mental serta dari segi peralatan. Salah satu cabaran terbesar kelak adalah cuaca yang boleh mencecah sehingga negatif 40 darjah celcius. Itu salah satu faktor yang perlu diambil serius serta ditangani dengan hati-hati.

“Sebelum ini pun saya dah hadapi latihan (cuaca sejuk melampau) menerusi fasa ketiga di Alaska. Di sana saya jalani latihan yang mencukupi dengan tunjuk ajar daripada jurulatih profesional,” katanya ketika ditemui Mynewshub sempena sidang media penajaan Air Hidrogen Beralkali i-Mizu, hari ini.

Majlis tajaan rasmi minuman Shahrom sepanjang ekspedisinya itu, turut dihadiri Penasihat Kelab Ekspedisi Tujuh Benua Malaysia (KE7B), Datuk Akmar Hisham Mokhles; Pengerusi KE7B, Muqharabbin Mokhtaruddin; Pengarah Urusan Kumpulan Miresco Intergrated Sdn. Bhd., Dr. Mohd Ihsan Che Mohd Noh; Pengurus Besar Kumpulan Miresco Intergrated Sdn. Bhd., Faizal Jefferi Mohd Rustam dan Pengarah Medianya, Hazran Mohamed.

Menurut Datuk Akmar, penajaan daripada syarikat tempatan untuk ekspedisi sebegini adalah satu langkah baik sekaligus melakukan pembaharuan dengan tidak lagi bergantung kepada produk jenama antarabangsa semata-mata.

Screen Shot 2015-10-26 at 6.57.58 PM
Shahrom Abdullah dan Datuk Akmar Hisham Mokhles.

“Kita berbesar hati dengan adanya produk i-Mizu dalam ekspedisi kali ini. Diharapkan berlaku pembaharuan dalam sukan lasak negara kita, mungkin selepas ini tidak lagi perlu bergantung kepada produk luar negara.

“Ini antara produk yang boleh diketengahkan di peringkat tempatan mahu pun antarabangsa,” katanya.


Sepanjang ekspedisi, Shahrom akan menggunakan bekas air i-Mizu yang boleh menukarkan air salji menjadi air hidrogen beralkali yang mengandungi pelbagai khasiat penting untuk badan sebagai bekalan tenaganya.

Shahrom akan menjelajah sejauh 1,000 kilometer (km) dan dijangka perlu berski sejauh 25 km sehari.

Perkembangan Shahrom akan diawasi oleh team KE7B menerusi telefon satelit yang akan menghantar maklumat terkini sebanyak dua kali seminggu.

Shahrom yang merupakan atlit sukan lasak negara akan bertolak 12 November ini sebelum penjelajahan sebenar bermula lima hari selepas itu.

Dalam pada itu, Datuk Akmar meluahkan kebanggaan kerana selepas lapan tahun penubuhan KE7B, ianya telah merekodkan pelbagai kejayaan anak tempatan termasuk tujuh orang yang menawan puncak Everest, lapan orang merentas Greenland serta tujuh lagi, telah berenang merentasi Selat Inggeris. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR
Foto/Video: RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori