Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ditumbuk Hanya Kerana Gara-Gara...

GEORGETOWN - Seorang lelaki terkedu apabila ditumbuk secara tiba-tiba oleh seorang kakitangan awam...

GAMBAR: Polis Selamatkan Wanita...

TINDAKAN pantas dua anggota polis berjaya menyelamatkan seorang wanita berusia 63 tahun daripada mati...

Opss… Jantina Nur Sajat...

NUR Sajat mula menempa nama berikutan suatu ketika dahulu pernah terlibat dalam kemalangan...

Budak Lelaki Lebih Ramai...

PUTRAJAYA - Bilangan kanak-kanak lelaki di Malaysia adalah lebih ramai iaitu seramai 4.85...

Semua Kena ‘April Fool’, Budak Sabah Gurau Google Beli Ideanya

SEJAK semalam, tersebar satu laporan menyatakan tentang kejayaan seorang pelajar dari Sabah yang berjaya ‘menjual’ ideanya kepada syarikat enjin carian Google setelah menyertai satu peraduan.

Yusrim Karim, 15, dikatakan telah menerima tawaran lumayan daripada Google untuk bekerjasama dengan mereka apabila idea yang diberinya mencuri perhatian. Nak tahu tawaran apa diterimanya?

Diberi tiga pilihan, Yusrim kononnya ditawarkan untuk membuka syarikat di bawah tajaan Google dengan nilai projek USD36 juta, berkerja dengan Google dan bakal diberikan dana USD12 juta atau menjual ideanya kepada syarikat tersebut dengan harga USD50 ribu.

Memang kedengaran cukup membanggakan, malah ramai yang memuji kegigihan serta kepintaran remaja tersebut, namun semua itu rupanya sandiwara belaka.

Menurut laporan terbaru media massa, Google telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka tidak pernah membuat peraduan sebagaimana didakwa dan tidak pernah menghubungi remaja terbabit.

[BACA: VIDEO:Sesapa Pun Cabut Kalau Kena Prank Zombie Camni!]

Memetik kenyataan Ketua Jabatan Komunikasi dan Hal Ehwal Awam Google Malaysia, Zeffri Yusoff, pihaknya menyangkal penuh laporan tentang kejayaan remaja itu dan menganggap ia hanyalah satu helah sempena ‘April Fool’.

Kata beliau seperti dilaporkan Harian Metro, “Kita tidak mahu panjangkan cerita ini, kami menjemput pelajar dan cikgunya datang ke pejabat untuk berikan hadiah April Fool.”


Remaja terbabit dikatakan cuma bergurau dengan guru-guru di sekolahnya apabila mendakwa pihak Google tertarik dengan perisian ‘Coker Chat’ yang diciptanya.

Dia mendakwa mengambil masa selama lima bulan bagi menghasilkan format yang mampu memudahkan pengguna seluruh dunia berkomunikasi menggunakan bahasa sendiri.

Apa-apapun, tahniah buat remaja tersebut kerana berjaya memperdayakan seluruh negara sempena ‘April Fool’!

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

15 Prank Terbaik Sempena April Fool 2015

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori