Selipar Yang Menjadi Mimpi Ngeri Pencopet Di Surau

Sesetengah perkara melibatkan sikap manusia kadang-kadang berlaku di luar kemampuan kita untuk menghalangnya.

Sebagai contoh pencuri selipar yang berani mencopet walau pun datang untuk solat Jumaat.

Mereka diketahui suka main sarung saja selipar yang berkenan di hati selepas selesai solat tanpa memikirkan apa jadi pada pemilik asal yang mungkin terpaksa pulang berkaki ayam.

Bagaimana pun, masih ada cara untuk mencegah diri anda jadi mangsa dalam banyak-banyak selipar yang ada di luar surau atau masjid.

Caranya seperti dilakukan oleh pemilik selipar di bawah.

selipar surau

Satu, cara ini memudahkan anda mengenali selipar sendiri dan kedua, sekurang-kurangnya ia mampu menjentik hati mana-mana pencuri selipar supaya ingatkan dosa dan mungkin dengan cara itu dia akan membatalkan hasrat untuk mencuri pada hari tersebut.

Bila itu berlaku insyaAllah anda pun dapat sikit saham akhirat sebab mengingatkan sesama manusia.

Amacam, kalau nak cuba bolehlah start toreh selipar yang anda nak pakai untuk ke solat Jumaat esok sekarang.. – MYNEWSHUB

REM RAMZI/MYNEWSHUB.MY
Sumber