Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemandu Lori Maut Dirempuh...

IPOH - Seorang pemandu lori maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan yang...

“Barat Dan Sekutu Berkomplot...

ILMUAN Islam terkemuka, Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam ucapannya Sabtu lalu mendakwa Barat...

TMJ Bayar Zakat RM1...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan membayar zakat...

2 Rentung, Kemalangan Kereta...

PEMANDU dan penumpang kereta rentung selepas terbabit kemalangan dengan lori di Kilometer 202.5...

Trend Kongsi Cerita ‘Hantaran Kahwin Aku Paling Murah’

“TIADA pelamin indah, tiada jurugambar, tiada kompang bertalu-talu, tiada jamuan makan mewah, tiada hantaran dan baju pengantin hanya biasa-biasa..”

Itu antara ayat bagi menggambarkan perkahwinan serba sederhana, apabila rata-rata netizen kini sedang mengecam amalan meletakkan wang hantaran tinggi oleh pihak pengantin perempuan.

Semuanya gara-gara video viral perkelahian dua keluarga di masjid kerana wang hantaran tak cukup, yang tersebar minggu lalu.

Rata-rata memandang punca kejadian tersebut disebabkan nilai wang hantaran masa kini yang dikatakan terlalu tinggi buat sesetengah lelaki yang mahu datang melamar.

Di sebalik kutukan terhadap isu wang hantaran tinggi, tup-tup ramai pula yang muncul dan berkongsikan kisah perkahwinan dengan wang hantaran dan majlis serba sederhana.

Sebagai contoh, beberapa status dibawah ini;

Song_Ji_Hyo

status aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

CG-feature

Barangkali mahu mendidik orang ramai agar tidak membazir, menjadi ikhtibar dan paling penting menguar-uarkan ajaran sunnah Nabi.

Bagaimanapun, sesetengah status yang dimuat naik ada yang seolah-olah berbunyi riak dan berbangga diri kononnya kos perkahwinan dialah yang paling murah dan isterinyalah yang paling berbaloi dimiliki.

BACA: Wang Hantaran Perlu Ikut Kemampuan Pihak Lelaki

Tambahan pula, status-status tersebut menarik perhatian dan mudah menjadi viral.

Hal ini turut disedari beberapa pengguna media sosial yang meluahkan rasa muak mereka terhadap situasi ini.


“Inilah masalahnya, sekarang semua nak up kan dialah hantaran murah dapat isteri taat laa apa semua. Tak usahlah sebab bersepah lagi pasangan bahagia di luar sana walaupun majlis nikah murah. Lambat laun jadi bangga terus riak.. hmm,” kata Ahmad Safwan Zakaria.

“Dari semalam ramai yang dok up hantaran murah bini tiptop.. motip nak bagi pengajaran yang belum kahwin. Eh! Nabi SAW dah bagi tahu segalanya tak perlu nak moral dari orang lain,” kata Fazlie Anuar.

27

BACA: Pengantin Lelaki Beri Penjelasan Berkenaan Insiden Ditumbuk

Apa-apa pun, jumlah wang hantaran kebiasaannya ditetapkan oleh ibu bapa pengantin perempuan dan jarang ditetapkan oleh bakal isteri.

Bagi kami, jika mahal jumlah hantarannya pasti ada sebab tertentu bakal ibu bapa mentua meletakkan harga sedemikian. Jika jumlah hantarannya murah pula, anggap sahaja rezeki buat kalian kerana dipermudahkan.

Usahlah terlalu bangga diri dan sibuk bercerita konon-kononnya andalah pasangan pengantin yang terbaik.

Apa pun, yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan sempadan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori