Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bekas Tunang Zayn Bercinta...

BEKAS tunang Zayn Malik, Perrie Edwards yang merupakan ahli kumpulan Little Mix membuat...

Gadis Maut Kereta Langgar...

SANDAKAN - Seorang gadis maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar tiang telefon...

Yang Dipertuan Besar NS...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan...

Nabila Berat Hati Berjauhan...

IBARAT bawa diri bersendirian merantau ke negara asing selama sebulan, pelakon Nabila Huda...

Sedih, Anak Yatim Simpan 50 Sen Sehari Demi Xbox Malangnya…

MENIPU dah satu dosa, kelepet pulak duit anak yatim.. memang berganda-gandalah dosanya!

Bayangkan, bersusah payah dua adik beradik anak yatim ini menyimpan duit belanja seorang 50 sen sehari demi membeli mainan idaman mereka, namun semuanya hangus apabila Xbox 360 yang dibeli menerusi online tidak diterima.

xbox1 (1)

Kejadian menyayat hati ini dikongsikan oleh pengguna media sosial yang merupakan pakcik saudara mereka.

Difahamkan, si pakcik berasa kasihan melihat kegigihan anak buahnya yang ditinggalkan bapa kandung sejak kecil ini menyimpan wang, lantas memberikan cabaran kepada mereka supaya berpuasa penuh dan dia akan menambah wangnya sendiri bagi membeli sebuah Xbox 360.

Pakcik mereka ini kemudiannya diam-diam membeli mainan tersebut secara online dengan harapan dapat menceriakan anak buahnya.

xbox4

xbox3

Malangnya, sebaik sahaja menerima bayaran di penjual online terbabit terus lesap dan menyepikan diri.


Sampai sekarang si pakcik dikatakan belum memberitahu kejadian ini kepada anak buahnya kerana berasa serba salah dan tak sanggup melihat mereka bersedih.

xbox2

Kepada peniaga online terbabit, mungkin anda ada masalah sendiri sampai perkara macam ni boleh berlaku tapi belum terlambat untuk menebus kesalahan dengan cara memberikan hak anak yatim tersebut kepada pakcik mereka dengan segera. SILA takut pada balasan yang dijanjikan Tuhan. – MYNEWSHUB.CC


#UPDATE TERKINI

Peniaga online (Fadzli Foo) yang menjual Xbox 360 kepada waris anak-anak yatim ini cumalah orang tengah atau dropshipper yang turut tertipu kerana penjual sebenar lesap lepas terima duit.

Bagi menjernihkan keadaan Fadzli sudah pun memulangkan wang RM320 yang diambil sebelum ini selain membuat laporan polis bagi membersihkan namanya.

Apa pun semoga pihak sebenar yang bertanggung jawab menipu dalam kes ini insaf dan bertaubat, atau bersedialah menghadapi balasan Tuhan. – MYNEWSHUB.CC

10984030_918331518205389_803577371344759429_n11659368_918331554872052_5090305678347342229_n

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori