Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Piala Dunia: Perancis ‘Peluh’...

SEPERTI diramalkan banyak pihak, Perancis berjaya meloloskan diri ke pusingan kedua Piala Dunia...

Budaya Guna Telefon Ketika...

ALOR SETAR - Budaya menggunakan telefon bimbit ketika memandu yang menjadi antara penyumbang...

Rasuah: 6 Warga Indonesia...

KUCHING - Mahkamah Sesyen Sri Aman hari ini menjatuhi hukuman penjara tujuh hari...

Mohon Semak Semula Dasar...

KOTA BHARU - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Pekhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan menyemak...

Samseng Bakar Perempuan Selepas Gagal Merogolnya

INDIA – Malang menimpa seorang remaja berusia 15 tahun apabila dia dibakar oleh sekumpulan lelaki sebagai membalas dendam kerana gagal merogolnya sebelum ini.

Remaja itu meninggal dunia selepas seminggu dibakar hidup-hidup oleh samseng berkenaan.

Kejadian berlaku ketika gadis itu keluar dari rumahnya di Uttar Pradesh pada 16 November lalu.

Menurut keluarganya, enam lelaki telah mengheret anak mereka, lalu mencurahkan minyak tanah dan menyalakan api ke atasnya.

Ia sebagai satu hukuman kerana mereka gagal mencabulnya sebelum ini.


“Empat daripada enam lelaki itu sudah ditahan dan kini polis masih memburu dua lagi lelaki. Kesemua mereka berasal dari kampung yang sama,’’ kata jurucakap polis.

Pembunuhan keji itu sekali lagi mengejutkan India selepas kejadian malang yang menimpa seorang pelajar universiti pada 2012.

Dalam kejadian tersebut, pelajar berusia 23 tahun itu dirogol beramai-ramai di dalam sebuah bas yang bergerak, sebelum dia dihumban keluar dari bas terbabit.

Teman lelakinya pula dibelasah. Kejadian ini turut mendapat liputan media antarabangsa.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori