Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Gambar Kemeriahan Majlis Akikah...

WAH meriahnya majlis cukur jambul dan akikah anak pasangan selebriti Fizz Fairuz dan...

Pemain Pelapis Perlu Pendedahan...

KUALA LUMPUR - Pemain pelapis badminton negara harus diberi banyak pendedahan dalam kejohanan...

Bagi ‘Hint’ Mengidam, Fazura...

BAGI mereka yang mengikuti perkembangan pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura pasti sudah...

BN Tawar Pendidikan Percuma...

PRU15 | BN mengambil langkah drastik dengan menawarkan pendidikan percuma dalam manifestonya, iaitu...

Sahabat Dukung Rakan Ke Sekolah Selama 3 Tahun

JIANGSU, China, – Seorang pelajar di sini ternyata begitu berhati mulia apabila sanggup mendukung rakan baiknya yang cacat untuk ke sekolah setiap hari sejak tiga tahun lalu.

Pelajar berkenaan Xie Xu, 18, mula mengenali rakannya itu, Zhang Chi, 19, ketika menuntut di Sekolah Tinggi Daxu di Xuzhou yang merupakan sebuah bandar besar di wilayah utara Jiangsu, China.

Chi mengalami masalah distrofi otot yang menyebabkan kelemahan berterusan pada otot sehingga dia tidak mampu berjalan.

Oleh itu, Xu yang setinggi 1.73 meter dan seberat 75 kilogram sanggup mendukung kawannya itu termasuk di sekitar sekolah bagi memastikan dia menghadiri semua kelas.


“Kisah dua pelajar ini sangat menyentuh perasaan. Mereka bukannya adik-beradik, namun, Xu telah mendukung kawannya itu sejak tiga tahun lalu,” kata Penolong Pengetua Sekolah Tinggi Daxu, Guo Chunxi.

Kedua-dua pelajar itu tinggal di asrama yang berhampiran dengan sekolah tersebut. Jadi, Xu akan mendukung Chi dari asrama ke sekolah selain membantunya membeli makanan dan membasuh kain. – Agensi

https://www.youtube.com/results?search_query=+Xie+Xu%2C+18

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori