Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Batal Saman Pemaju...

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Felda dan Felda Investment...

Triti 5 Negara Bagi...

NEW YORK - Malaysia mungkin menandatangani satu perjanjian dengan empat negara yang lain...

Projek MRT Laluan SSP...

KUALA LUMPUR - Projek Aliran Transit Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) yang...

Harga Minyak Kekal Rendah,...

KUALA LUMPUR - Harga minyak dijangka kekal rendah tahun depan, dan hasil daripada...

Rumah ‘Hobbit’ Berdiri Teguh Dilitupi Pokok ‘Teh’ Dan Menjalar

PASIR PUTEH – Nampak memang pelik tapi itulah hakikatnya apabila terdapat sebuah rumah di Kampung Kelubi di sini, yang hampir keseluruhan strukturnya dilitupi dengan tumbuhan pokok “teh” dan yang menjalar.

Sekali pandang rumah berkenaan mungkin ramai akan berfikir ia sebuah rumah terbiar tanpa penghuni namun di situlah sepasang suami isteri beserta empat anak mereka mendiaminya sejak 20 tahun lepas.

Di rumah itu jugalah Amizar Adnan, 48, dan suaminya Wan Mamat Wan Junoh, 52, membesarkan anak mereka, dan kini ramai menganggapnya sebagai rumah ala-ala Hobbit, dan menyukai strukturnya kerana menyamai apa yang terdapat dalam novel nukilan J.R.R. Tolkien, “The Hobbit”.

Rumah berkenaan mendapat perhatian selepas ia dimuat turun dalam Facebook dan menjadi viral dalam media sosial hingga lebih 58,000 meletakkan “likes”.

Komen orang ramai terhadap rumah itu ada yang menggelikan hati dan tidak kurang yang mengeluarkan kata-kata pedas termasuk menuduh pemilik rumah berkenaan sebagai “pemalas” kerana membiarkan rumah mereka dilitupi tumbuhan.

TUMBUHAN MENGUATKAN RUMAH

Rumah unik yang dilitupi tumbuhan pokok teh di Kampung Kelubi didiami Amizar Adnan,48, (kiri) bersama suami Wan Mamat Wan Junoh,52, (kanan) dan empat anak sejak 20 tahun lalu.
Sesiapa yang kali pertama melihat rumah tersebut pasti menyangka ia sebuah rumah terbiar tanpa penghuni. - Foto BERNAMA
Rumah unik yang dilitupi tumbuhan pokok teh di Kampung Kelubi didiami Amizar Adnan,48, (kiri) bersama suami Wan Mamat Wan Junoh,52, (kanan) dan empat anak sejak 20 tahun lalu.
Sesiapa yang kali pertama melihat rumah tersebut pasti menyangka ia sebuah rumah terbiar tanpa penghuni. – Foto BERNAMA

Bagaimanapun pasangan suami isteri itu mempunyai alasan yang munasabah membiarkan rumah mereka menghijau sebegitu.

Amizar, seorang peniaga berkata idea untuk menanam spesies pokok menjalar itu timbul selepas mendapati rumah kayu yang berusia lebih 70 tahun itu mula mereput dan dindingnya tanggal satu persatu.

“Suami saya beberapa kali membaiki rumah yang telah usang ini tetapi tidak dapat bertahan lama sehingga satu hari suami saya memberi idea untuk menanam pokok teh (panggilan penduduk tempatan untuk pokok pagaran) dan menjalar bagi menyokong kekuatan struktur rumah ini.

“Walaupun idea itu agak luar biasa, saya mengikut sahaja kerana ketika itu rumah kami makin uzur,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Amizar berkata beliau tidak menyangka idea suaminya itu bukan sahaja mengukuhkan lagi struktur rumah tetapi juga memberikan udara sejuk ke dalam rumah.

“Pokok teh yang ditanam itu kini bukan hanya menjadi sokongan utama kepada rumah ini daripada roboh tetapi memberikan udara sejuk seakan penghawa dingin,” katanya.

Katanya, dalam cuaca panas yang dirasai sekarang rumah tersebut adalah tempat yang paling nyaman untuk didiami.


BERSIH DAN KEMAS

Keadaan bersih dan teratur di dalam rumah Wan Mamat Wan Junoh,52, (kiri) dan isteri Amizar Adnan,48, (kanan) menjadikan kehidupan mereka sekeluarga lebih nyaman. - Foto BERNAMA
Keadaan bersih dan teratur di dalam rumah Wan Mamat Wan Junoh,52, (kiri) dan isteri Amizar Adnan,48, (kanan) menjadikan kehidupan mereka sekeluarga lebih nyaman. – Foto BERNAMA

Amizar juga memberitahu beliau sentiasa memastikan persekitaran dan ruang dalam rumah berkeadaan bersih.

“Sebelum keluar berniaga saya akan peruntukan masa sejam atau lebih bagi membersihkan keseluruhan rumah. Setakat ini tiada lagi serangga berbahaya atau ular yang ditemui,” katanya.

Sementara itu, Wan Mamat yang bekerja sendiri, berkata beliau akan terus mengekalkan keadaan rumah tersebut.

“Mungkin saya akan betulkan struktur dalam rumah sahaja tetapi tidak akan mengubah keadaan asal rumah. Kami selesa tinggal dalam keadaan ini,” katanya.

Wan Mamat berkata rumah yang didiami itu juga kerap menjadi lokasi penggambaran pasangan pengantin dan pelancong asing selain lokasi utama keluarga bergambar setiap kali Aidilfitri.

Anaknya, Wan Mohd Hasanudin Wan Mamat, 25, berkata kebanyakan rakannya yang kali pertama bertandang ke rumah tersebut tidak percaya beliau tinggal di rumah tersebut.

“Tetapi bila mereka memasuki rumah barulah mereka percaya kerana bahagian dalam rumah sama sahaja dengan rumah mereka.

Wan Mohd Hasanudin, yang baru menamatkan pengajian di sebuah universiti awam di Perak, berkata beliau suka rumahnya.

“Bagi saya rumah inilah syurga bagi kami sekeluarga,” katanya dengan bangga. – BERNAMA

https://youtu.be/GkUzDO1SrkU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori