Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PRK DUN Slim: 65%...

TANJUNG MALIM - Sebanyak 65 peratus daripada 267 pengundi awal terdiri daripada pegawai...

Mawar Rashid – Perangai...

SERING digelar gedik oleh pengikut dan peminatnya di laman sosial, aktres Mawar Rashid...

Pasukan Keselamatan Sedia Hadapi...

KOTA KINABALU - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun menasihati orang awam...

Ekonomi Dan Kesihatan Harus...

GOMBAK - Kerajaan perlu memastikan kehidupan dan kesihatan rakyat dalam keadaan seimbang dalam...

RTM Sedia Siar Secara Langsung Debat Arul Kanda-Tony Pua

KUALA LUMPUR – Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersedia menyiarkan siaran langsung debat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1MDB Arul Kanda dan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata kesediaan RTM untuk menyiarkan debat itu secara langsung membuktikan sikap keterbukaan kementerian berkenaan.

“RTM boleh siarkan debat ini secara langsung,” kata Salleh kepada Bernama di sini, hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Arul Kanda berkata beliau sedia bersemuka dengan Pua dalam program televisyen secara langsung dengan syarat Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu melepaskan jawatannya sebagai anggota PAC.


“YB Tony Pua telah mencabar saya…untuk bersamanya dalam program bual bicara secara langsung. Saya menerima cabaran itu dan menanti untuk menjawab semua soalannya,” kata Arul Kanda.

Pua sebelum ini mencabar presiden 1MDB itu untuk muncul bersamanya dalam temu bual yang bersiaran secara langsung bagi menjawab segala persoalan yang dibangkitkan terhadap 1MDB. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori