Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pecah Cermin Kereta, Warga...

PETALING JAYA - Gara-gara memecahkan cermin depan sebuah kereta menggunakan pasu bunga, seorang...

Merdeka 118, Menara Kedua...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan mencatat satu lagi rekod dunia apabila menara mega Merdeka 118 akan siap sepenuhnya pada suku ketiga tahun depan dengan ketinggian 700 meter dari paras laut.

Banjir: Jumlah Mangsa Di...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah menurun kepada 262 orang daripada...

Boleh Rentas Negeri, Daerah...

KUALA LUMPUR - Perjalanan rentas negeri dan daerah dibenarkan sempena sambutan Aidiladha, Jumaat...

Ini Dia.. Roti Perancis Terpanjang Di Dunia

Milan – Sekumpulan pembuat roti Itali dan Perancis berganding tenaga mencipta roti ‘baguette’ sepanjang 122 meter yang diiktiraf sebagai yang terpanjang di dunia pada Pesta Dunia Expo Milan 2015, semalam.

Hakim Rekod Dunia Guinness mengesahkan roti Perancis itu – yang terkenal dengan bahagian luar keras manakala bahagian dalamnya lembut dan gebu – sebagai yang terpanjang di dunia selepas 60 pembuat roti menghabiskan hampir tujuh jam kelmarin untuk menyiapkannya.

Mereka turut menggunakan ketuhar mudah alih yang direka khas untuk membolehkan roti berkenaan dimasak di luar.

Pembuat roti terbabit menghabiskan 20 meter sejam dan mereka berdepan kesukaran cuaca sejuk selain terpaksa berhati-hati untuk memastikan baguette berkenaan tidak putus.

Pembuat roti, Dominique Anract berkata: “Memang mencabar membuat roti dalam cuaca sejuk seperti ini kerana boleh memberi kesan terhadap doh.


“Tetapi, kami berjaya melakukannya.”

Selain itu, pembuat lepa coklat Nutella, Ferrero, turut menyokong usaha untuk memecahkan rekod baguette sepanjang 111 meter dipegang sebuah rangkaian pasar raya Perancis sebelum ini.

Sebaik disahkan sebagai pemegang rekod baru, roti itu terus dipotong dan disapukan Nutella untuk dikongsikan dengan pengunjung Expo berkenaan. – AP/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori