Roti Bakar Ilham Daripada Tembikai Empat Segi

DAH jemu dengan bentuk dan rasa roti buku yang biasa ditemui di kebanyakan kedai-kedai runcit sedia ada?

Mungkin pengusaha bidang bakeri boleh mencuba idea seorang usahawan di Taiwan yang mencipta kelainan dan inovasi tersendiri apabila mempelbagaikan pilihan roti yang dijual di kedainya.

Lee Wen-fa, pemilik Jimmy Bakery mencipta roti berbentuk tembikai demi menarik perhatian kanak-kanak untuk menjamahnya.

Roti buku itu diuli seperti bentuk tembikai empat segi yang popular di negara Asia Timur itu.

WATERMELON1

Kemudiannya roti itu diwarnakan dengan pewarna makanan berwarna merah, hitam dan putih bagi menyerupai buah-buahan itu selain menggunakan serbuk tepung teh hijau dan strawberi bagi menghasilkan bau wangi roti.

WATERMELON

WATERMELON2

Jimmy Bakery berjaya menjual sebanyak 1,500 buku roti dan permintaan semakin meningkat dari hari ke sehari sejak roti rupa tembikai ini diperkenalkan oleh Wen-fa.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: JASMIN

Loading...