Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Zamani Maafkan Individu Sebar...

PENYEBARAN video Zamani menyanyikan lagu Gerimis Mengundang ketika dalam tahanan pihak polis ekoran kes...

Adakah Gadis Ini Penyampai...

MEXICO – Adakah ini gadis penyampai laporan cuaca tercantik di dunia? Yanet Garcia,...

Pondok Polis Kampung Mukut...

KUANTAN - Sebuah pondok polis di Kampung Mukut, Pulau Tioman, musnah sepenuhnya dalam...

Mahathir Terima Anugerah Tertinggi...

TOKYO - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini (Selasa) dianugerahi “Grand...

Aidil Buat Laporan Polis Sebab Rita Dedah No Telefon Zarema

KONTROVERSI yang melanda bekas pasangan suami isteri, pelakon Rita Rudaini dan pemain bola sepak Aidil Zafuan memang tak pernah berkesudahan.

Semalam menerusi laman Instagram, Rita mendedahkan bahawa seseorang telah membuat gangguan kepadanya menerusi panggilan telefon.

Tanpa berselindung, Rita turut memuat naik ‘screen captured’ yang memaparkan nombor telefon individu tersebut dan ada segelintir pihak membuat andaian ianya ada kena mengena dengan Zarema Zainal, isteri Aidil kini.

[BERKAITAN: Rita Rudaini Dedah No Telefon Individu Sering Menganggu]

https://instagram.com/p/26JLJFDQ7c/?taken-by=ritrud727

Itu cerita semalam.

Hari ini pula, Aidil dilaporkan telah membuat satu laporan polis susulan perkara ini.

Walaupun tidak menyatakan secara terperinci tujuannya melakukan perkara tersebut, namun ramai mengandaikan ia disebabkan tindakan Rita itu.

Aidil-Zafuan-Sudah-Buat-Laporan-Polis-Terhadap-Rita-Rudaini-ROTIKAYA

Menerusi ruangan kapsyen Aidil hanya menyatakan, “Selesai membuat laporan polis. Wait and see.”


Dalam pada itu, kembar Aidil iaitu Zaquan Adha turut dilihat memberi kata-kata perangsang buat pasangan terbabit.

Tulisnya, “Be strong, Aidil, Zarema. Orang tak suka tengok kita bahagia. Jangan minta simpati orang untuk jatuhkan orang lain. Diam tidak bermakna kita salah. Ingatan untuk diri sendiri juga. Chill. Jom pergi holiday.”

Yang jelas, gelora isu antara Rita, Aidil dan Zarema semakin besar!

Kita tengok sahajalah apa lagi tindakan yang bakal diambil kedua-duanya selepas ini…

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Bang Bang Boom Aidil Zafuan Abdul Razak

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori